Wujud dakwaan bahawa RM 15 juta digunakan untuk memenangi kerusi DUN Sungai Manila bagi menyokong Hazem Musa menimbulkan banyak persoalan serius mengenai dinasti politik dan etika pilihan raya di Sabah. Beberapa ahli keluarga Aman turut bertanding di kerusi Sindumin, Bongawan, Membakut, Kawang, Liawan, Bingkor dan menurut rakyat Sabah ianya seolah pola konsolidasi kuasa yang sukar ditembusi.
Walaupun dakwaan wang besar itu belum disahkan secara bebas oleh pihak berwajib, tekanan politik untuk menjelaskannya akan semakin kuat terutamanya menjelang PRN ini.
Pengundi Sabah mempunyai peranan penting dalam menilai sama ada calon bukan sahaja berwibawa tetapi juga bebas daripada dominasi kroni yang terlalu kuat.
Sumber mendakwa bahawa perbelanjaan besar tersebut bukan hanya untuk satu calon tetapi sebahagian dari strategi lebih besar keluarga Musa Aman termasuk calon lain yang mempunyai pertalian rapat dengannya.
Calon-Calon Keluarga Musa Aman dalam PRN Sabah
Berdasarkan liputan media dan pendedahan penganalisis politik, berikut adalah beberapa ahli keluarga dan kenalan rapat Musa Aman yang terlibat sebagai calon dalam PRN Sabah kali ini:
1. Hazem Mubarak Musa
Anak bongsu Tun Musa Aman
Bertanding atas tiket GRS di DUN Sungai Manila
2. Datuk Yamani Hafez Musa
Anak sulung Tun Musa Aman
Menyertai Pakatan Harapan (PKR) dan dicalonkan di kerusi DUN Sindumin
3. Tan Sri Anifah Aman
Adik kepada Tun Musa Aman.
Dicalonkan oleh GRS di kerusi DUN Bongawan.
4. Datuk Ariffin Arif
Menantu Musa Aman
Dicalonkan semula di DUN Membakut atas tiket GRS.
5. Datuk Ghulam Haidar Khan
Berhubung dengan keluarga Musa Aman melalui perkahwinan (“father-in-law” kepada anak Musa yang telah meninggal)
Mewakili GRS di DUN Kawang.
6. Datuk Annuar Ayub Aman
Anak saudara Musa Aman.
Mewakili GRS di DUN Liawan.
7. Ishak Ayub Aman
Adik kepada Annuar Ayub dan juga anak saudara Musa Aman.
Bertanding di bawah Parti STAR di kerusi DUN Bingkor.

Comments
Post a Comment