RM1.5 Bilion: Dosa Terbesar Shafie Apdal di Sabah?


Sabah pernah bergelut dengan salah satu skandal penyelewengan dana awam terbesar dalam sejarah negeri iaitu berhubung dengan 350 projek pembangunan luar bandar yang menelan belanja RM1.5 bilion yang dikatakan dilaksanakan semasa pentadbiran Shafie Apdal antara 2010 hingga 2016.

Wujudkah projek tersebut?

Projek-projek ini merangkumi air, elektrik dan jalan raya di sembilan daerah utama Sabah: Kota Kinabalu, Kudat, Kota Belud, Ranau, Beaufort, Keningau, Lahad Datu, Tawau, dan Sandakan dengan jumlah keseluruhan dana melebihi RM7.5 bilion.

Daripada jumlah itu, 170 projek bekalan air (RM2 bilion), 163 projek jalan raya (RM3.2 bilion) dan 17 projek elektrik (RM2.19 bilion) kini disiasat kerana kemungkinan diseleweng.

SPRM menganggarkan RM1.5 bilion wang rakyat Sabah hilang ke tangan pihak tertentu, menimbulkan persoalan serius, ke mana pergi wang rakyat yang sepatutnya membina masa depan negeri ini?

Dalam pelaksanaan projek, lebih 260 syarikat dilantik tetapi siasatan awal mendapati 65 syarikat memperoleh projek secara meragukan, termasuk mendapat lebih daripada dua projek. Akibatnya, banyak projek tidak disiapkan mengikut spesifikasi, menjejaskan golongan sasaran terutama penduduk miskin.

SPRM mendedahkan 60 syarikat sudah dikenal pasti terbabit secara langsung dalam penyelewengan ini. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM ketika itu adalah Datuk Seri Azam Baki menegaskan bahawa banyak projek yang dilaksanakan tidak sempurna dan jelas ada unsur rasuah.

“Siasatan kami menelusuri ketirisan dana awam yang disediakan kerajaan Pusat untuk Sabah. Projek air, elektrik, dan jalan raya, banyak yang tidak sampai kepada rakyat seperti dijanjikan.” kata Azam.

Menurutnya 32 saksi telah dikenal pasti termasuk pemilik syarikat yang terlibat, namun tiada tangkapan atau rampasan baharu dibuat. SPRM menegaskan proses siasatan masih giat diteruskan dengan kemungkinan lebih banyak syarikat terbabit sedang disiasat.

Skandal ini bukan sekadar angka besar di atas kertas ia adalah bukti kegagalan Shafie Apdal untuk memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan telus dan berkesan. Rakyat Sabah kini terpaksa ‘membayar harga sebenar’ projek yang tergendala, infrastruktur tidak sempurna dan golongan miskin paling terkesan.

Soalannya sekarang, adakah rakyat Sabah sanggup memaafkan pentadbiran yang membiarkan RM1.5 bilion hilang begitu sahaja? Atau sudah tiba masanya untuk bertanya apa benar-benar bertanggungjawab terhadap derita ini?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.