Rahman Dahlan Tarik Diri


Abdul Rahman Dahlan, yang pada mulanya diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Tempasuk, telah memaklumkan bahawa beliau menarik diri daripada bertanding.

Pengumuman rasmi dibuat oleh Bung Moktar Radin, pengerusi BN Sabah, yang mengesahkan bahawa Rahman Dahlan telah memberitahu parti tentang keputusan tersebut.

Nama pengganti untuk kerusi tersebut ialah Azwan Norjan, Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, yang akan bertanding di DUN Tempasuk bagi pihak BN.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya telah memaklumkan kepada Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, mengenai hasrat saya untuk tidak meneruskan pencalonan saya untuk DUN Tempasuk.

Saya telah memberitahu YAB Presiden bahawa saya ingin memberi laluan kepada muka baru dan anak tempatan Kota Belud untuk mewakili parti UMNO di DUN Tempasuk.

Saya telah bertanding tiga kali di parlimen Kota Belud (2013, 2018 dan 2022). Dua kali menang dan sekali kalah. Dalam ketiga-tiga pertandingan itu, UMNO tetap memenangi undi di DUN Tempasuk walaupun kalah di kerusi parlimen.

Saya percaya anak tempatan dari UMNO Kota Belud akan dapat menggalas tanggungjawab ini dengan cemerlang.
Sebagai ahli parti, saya akan terus membantu parti melalui kapasiti yang lain.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada parti dan YAB Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sendiri yang telah mengumumkan pencalonan saya pada 9hb November yang lalu.

Begitu juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli dan penyokong UMNO di DUN Tempasuk atas sokongan yang telah diberikan kepada saya selama ini.

Sekian.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.