PRU DUN Sabah: Video Skandal Rasuah Calon GRS di Sook Gegarkan Kempen, Bukti “Pemimpin Rakus” Masih Mahu Kuasa


Panas menjelang penamaan calon satu lagi rakaman mengejutkan muncul dan kali ini melibatkan menteri belia dan sukan sementara Sabah, Datuk Ellron Angin yang juga penyandang DUN Sook. 

Video 2 minit 26 saat yang dimuat naik oleh whistleblower terkenal, Albert Tei, sekali lagi membuka pekung kepimpinan GRS di saat rakyat mula bersuara menuntut kerajaan yang bersih.


Dalam video yang sedang tular tersebut, Ellron dilihat mengakui menerima wang RM530,000 termasuk RM100,000 ke dalam akaun bank dan RM400,000 secara tunai. Lebih mengejutkan, terdapat perbualan tentang wang yang digunakan untuk membeli kereta. Bila ditanya jumlah sebenar RM100,000 atau RM150,000, jawapan beliau hanyalah, “Saya dah lupa.”

Begitu mudah, seolah-olah ratusan ribu ringgit itu perkara kecil. Beginikah integriti seorang calon?

Video dipercayai dirakam di rumah beliau sendiri di Kota Kinabalu. Ini bukan tuduhan kosong tetapi ini rakaman visual.

Video itu turut memaparkan dakwaan bahawa Ellron menerima 10% pegangan saham syarikat daripada ketua menteri sementara, Hajiji Noor.

Perbualan mereka jelas:

Tei: “Dia (Hajiji) bagi Datuk saham itu.”
Ellron: “Yalah.”
Tei: “Supaya Datuk sokong dia.”
Ellron: “Betul.”

Lebih parah, ada dakwaan anak saudara dijadikan proksi untuk memegang saham tersebut. Beginilah cara kronisme, nepotisme dan kartel politik bergerak dengan menggunakan keluarga, guna syarikat dan guna rakyat sebagai perisai.

Ini bukan sekadar video. Ini gambaran budaya politik GRS yang rakus, tamak dan terdesak mengekalkan kuasa. Sedangkan harga barang naik, kemudahan asas di pedalaman terabai, anak muda Sabah terpaksa berhijrah mencari peluang dan projek rakyat lambat, tetapi projek “kroni” pantas

Rakyat Sook patut tanya, “Berapa banyak lagi keputusan politik dibuat bukan demi rakyat, tetapi demi ‘duit masuk poket’?”

Skandal Pelombongan Ratus Juta: Lebih 12 Pemimpin GRS Terpalit

Sook ada pilihan samada terus kekal dengan skandal atau pilih kepimpinan bersih dan berwibawa

Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini bukan sekadar undi calon. Ia undi masa depan Sabah.

Sook tidak boleh terus diperintah oleh mereka yang terpalit skandal rasuah, gagal menafikan dengan meyakinkan, gagal menjaga amanah rakyat dan sibuk dengan saham dan bukannya ebajikan rakyat.

Sudah tiba masa rakyat Sook bangkit dan menghantar mesej tegas, “Kami tidak mahu pemimpin yang lupa amanah, tapi ingat duit.”

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.