(Bahagian II)
Skandal kartel mineral Sabah bukan sekadar cerita rakyat atau dakwaan nakal musim pilihan raya. Ia adalah rangkaian terancang, tersusun
dan bertahun-tahun berjalan di bawah hidung rakyat yang mana melibatkan tokoh
politik, pegawai kanan kerajaan, proksi perniagaan dan “taikun bayangan” yang
mengaut keuntungan puluhan juta ringgit melalui hasil bumi Sabah.
Berikut adalah gambaran jelas bagaimana operasi ini berjalan, berdasarkan pola pendedahan, rekod, dan maklumat yang pernah dibangkitkan sebelum ini:
Mereka Kuasai Jawatan, Kemudian Kuasai Konsesi
Langkah pertama ialah menguasai kedudukan strategik dalam
kerajaan negeri seperti jawatan menteri, pengerusi GLC atau exco yang
menguruskan sumber asli.
Dari situlah bermula “jalan mudah” meluluskan lesen:
- Lesen
kajian mineral
- Permit
pengeluaran
- Pajakan
tanah lombong
- Pembaharuan
konsesi
Apabila konsesi mineral di Sabah hanya perlu beberapa
tandatangan strategik, sesiapa yang duduk di kerusi itu mempunyai kunci kepada
emas dan nadir bumi secara literal.
Syarikat Proksi Ditubuhkan Untuk ‘Memegang’ Lesen
- Daftar
syarikat baharu di bawah nama kroni
- Letakkan
pegawai bahagian, sepupu, atau teman rapat sebagai pengarah
- Menggunakan
syarikat dorman yang tiba-tiba hidup semula
- Membeli
syarikat RM2 sebagai kenderaan rasmi konsesi
Model ini sama seperti yang dipaparkan dalam video Albert
Tei iaitu proksi urus, kroni kaut untung dan politikus luluskan.
Pelabur Luar Masuk Sebagai “Partner”, Keuntungan Pecah
Tiga
Selepas syarikat proksi dapat lesen:
- Mereka
mencari pelabur luar (China, Singapura, Indonesia)
- Pelabur
labur modal, jentera, dan kepakaran
- Kartel
menjadi “silent partner” yang dapat bahagian walaupun tidak keluarkan
modal
Inilah sebabnya ramai tokoh politik Sabah tiba-tiba kaya
luar biasa walaupun hanya bergaji kerajaan.
Kawasan pedalaman jadi mangsa dan penduduk dibiarkan menderita
Beberapa kawasan terlibat dengan aktiviti perlombongan Tongo, Ranau, Pensiangan, Keningau, Kota Marudu, Lahad Datu dan realitinya penduduk di kawasan itu tidak pernah merasai hasilnya.
Jalan raya kekal berlubang, sekolah daif, hospital serba
kekurangan.
Sementara itu, mereka yang mengawal konsesi mineral hidup
mewah dengan kereta import dan rumah jutaan ringgit.
Apabila Skandal Meletup, Nama Diputihkan Dengan PRN
Nama-nama yang terpalit dengan pendedahan video Albert Tei tidak disingkirkan malah dicalonkan semula, ada yang naik pangkat. ada yang diberikan kerusi selamat dan ada yang membawa adik, sepupu atau ahli keluarga sebagai penyambung kuasa.
Persoalan rakyat kini, jika abang terpalit skandal mineral,
adakah adik bakal sambung perniagaan yang sama?
Lawannya ialah Jeffery Noor Mohamed, Ketua UMNO Bahagian
Putatan, calon yang membawa naratif anti-rasuah dan mahu menamatkan legasi
politik kartel.

Comments
Post a Comment