PRU DUN Sabah: Dendam Tidak Dicalonkan


Enam bekas wakil Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan selepas tampil sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Sabah ke-17 menerusi pengumuman keputusan penamaan calon yang diumumkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam.

Mereka yang bertanding sebagai calon Bebas ialah Fairuz Renddan (N08 Pintasan), Datuk Rina Jainal (N70 Kukusan), Maijol Mahap (N06 Bandau), Roland Chia (N18 Inanam), Mohd Ismail Hj Ayob (N58 Lamag) dan Awang Ahmad Sah Awang Sahari (N21 Petagas).

Perkara tersebut mencetuskan reaksi tegas Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang berkata mana-mana ahli komponen yang bertindak bertanding sebagai calon Bebas akan dipecat. Katanya, meskipun pertandingan pelbagai penjuru di beberapa kawasan dianggap sebahagian daripada proses demokrasi, disiplin dalam parti tidak boleh dikompromi.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.