PRU DUN Sabah-17: PAS Tidak Yakin Dengan ‘Membangun Bersama Islam’


Pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 membuka lembaran baharu yang penuh sindiran terhadap perjuangan sebenar PAS.

Di Semenanjung, parti itu gah berkempen dengan slogan “Membangun Bersama Islam” tetapi di Sabah slogan itu seolah-olah digugurkan di pintu masuk Terminal 2 Kota Kinabalu.

Daripada 40 kerusi yang ditandingi oleh PN, PAS hanya diberikan lima kerusi, angka yang menggambarkan betapa rendahnya keyakinan gabungan itu terhadap kemampuan dan pengaruh PAS di bumi bawah bayu. Lebih memalukan, kebanyakan kerusi utama diberikan kepada Bersatu (PPBM), kononnya atas alasan komposisi kaum majoriti.


Ahli Parlimen Machang, YB Wan Ahmad Fayhsal sendiri mengakui bahawa “bangsa Kadazan, Dusun dan Murut adalah majoriti ahli PPBM”, sekaligus memberi isyarat bahawa naratif ‘politik Islam’ PAS tidak laku di Sabah.

Slogan “Membangun Bersama Islam” yang selama ini menjadi bahan kempen utama di Semenanjung kini dilihat tidak lebih daripada alat retorik politik bermusim. Malah, menurut seorang penyokong GRS di Karambunai,

“PAS rupanya tidaklah ‘parti Islamik’ sangat di Sabah, ceramah pun takut-takut nak sebut ‘Islam’.”

Kenyataan ini menggambarkan hakikat bahawa PAS sedang berdepan krisis identity, antara mahu mengekalkan imej Islamik atau tunduk kepada realiti politik tempatan. Di Sabah, parti itu nampaknya memilih jalan kedua iaitu menyesuaikan diri demi kerusi dan bukan mempertahankan prinsip.

Apabila sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam mula mengira keuntungan politik lebih daripada nilai perjuangan, rakyat tentu tahu slogan hanyalah kosmetik, bukan kompas perjuangan.

PAS mungkin boleh terus berbangga dengan ceramah di Semenanjung, tetapi di Sabah, hakikatnya jelas: ‘Membangun Bersama Islam’ sudah kehilangan makna.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.