Pilihan Raya Umum DUN Sabah-17 kembali mencatat satu episod politik yang mencuit hati rakyat, kali ini membabitkan Jamawi, tokoh yang lebih dikenali kerana kecenderungan “lompat parti”nya daripada satu parti ke parti lain dalam tempoh tujuh tahun.
Dari UMNO, Jamawi beralih ke Warisan. Tidak cukup di situ, beliau kembali semula ke pangkuan UMNO sebelum menyertai GRS.
Kini, demi strategi politik terbaru, Jamawi mengumumkan penyertaannya dalam PKR, mengejutkan rakyat dan penyokong lama yang sudah jemu melihat aksi lompat-melompatnya.
Rakyat Melalap kini menatap senario ini dengan rasa kurang senang. Jamawi bukan sahaja dikenali kerana ketidakstabilan politiknya tetapi juga kerana kekayaannya yang melonjak selepas berada dalam GRS.
Sumber tempatan mendakwa aset dan gaya hidup Jamawi kini jauh berbeza berbanding ketika beliau mula-mula muncul sebagai wakil rakyat, menimbulkan keraguan tentang integriti dan motif sebenar di sebalik perpindahan parti yang kerap.
Sikap rakyat jelas, mereka menolak calon yang lebih menyerupai “katak politik” daripada pemimpin yang berpegang pada prinsip.
Di media sosial, jenaka dan cemuhan mengenai Jamawi sudah menjadi trending dari meme “Jamawi Lompat Parti Challenge” hingga sindiran tentang kekayaannya yang “datang selepas sertai GRS”.
Strategi Jamawi kali ini untuk berselindung di belakang nama besar Anwar dianggap tidak lagi menepati cita rasa rakyat Melalap.
Bagi mereka, kredibiliti dan rekod integriti jauh lebih penting daripada lambang parti atau strategi politik peribadi.
Jamawi dengan sejarahnya yang penuh dengan “lompat dan kaya”, menjadi simbol kegusaran rakyat terhadap politik yang tidak konsisten.
PRU DUN Sabah-17 menjanjikan persaingan sengit tetapi bagi Jamawi, cabaran terbesar bukan lawan politik tetapi persepsi rakyat yang sudah bosan dengan calon katak.
"Semua parti dia dah masuk, cuma PAS saja yang belum, hinanya PAS"
"Semua parti dia dah masuk, cuma PAS saja yang belum, hinanya PAS"

Comments
Post a Comment