PKR DUN Tempasuk Pilih Calon BN, Tolak GRS


Penyelaras PKR DUN Tempasuk membuat ketetapan untuk memberikan sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional (BN) Azuwan Marjan yang terlibat dalam pertembungan tujuh penjuru, termasuk calon dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Ketua Penerangan PKR Tempasuk, Aziz Bilin, keputusan itu dibuat atas persetujuan semua anggota dalam Jawatankuasa Penyelaras DUN.

Katanya lagi, sungguhpun terdapat kerjasama GRS-PH dan BN, mereka yang mewakili Penyelaras PKR DUN Tempasuk mengambil kira kerjasama BN-PH di peringkat Persekutuan.

Aziz berkata kerjasama itu begitu penting dan wajar dipertahankan untuk menghadapi PRU 16.

Beliau berkata demikian dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Sementara itu, Ketua Penyelaras PKR DUN N.9 Tempasuk Arshad Haji Abdul Rahman menyerahkan memorandum persefahaman kepada calon BN Azuwan Marjan pada satu majlis ringkas di sini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November 2025 ini sebagai tarikh PRN17 manakala tarikh pengundian awal pada 25 November.

Pada 6 Oktober lepas, Ketua Menteri Sabah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.