Pitas: Dulu Dia Rampas Tanah Kami, Sekarang Mahu Undi Kami?

sedang tular di medsoc

Calon tersebut menggunakan nama anak, adik dan keluarga untuk ‘merampas’ tanah kami dan kini dengan muka tak malunya dia datang untuk minta undi dari kami supaya memilihnya sekali lagi sebagai wakil rakyat di sini.

“Dulu sudah janji tetapi lain yang jadi”, “Kini, pagi-pagi sudah terpacak di pintu rumah buruk kami merayu undi”

Empat tahun dulu penduduk dari 59 kampung di daerah Pitas menggesa kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka yang terletak di kawasan “diwartakan” Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah (SAFODA).


Masih segar diingatan warga apabila Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Wilayah Bengkoka, Raneld Saimon, turut mempersoalkan pengumuman Ketua Menteri, Hajiji Noor berhubung pengembalian tanah adat di enam kampung di Pitas, tidak termasuk 59 kampung itu yang masih tertunggu-tunggu berita baik kerajaan.

“Menurut maklumat lisan penduduk terdahulu, tanah kampung yang terlibat hanyalah dipinjamkan kepada SAFODA untuk sekali tuaian kayu akasia dan kami menganggap ini sebagai satu manipulasi apabila penduduk kampung pada waktu itu tidak berpendidikan, malah mengenal huruf pun tidak, apatah lagi boleh berunding secara berdokumen.

“Sebab itulah selepas kayu akasia dituai SAFODA bersama syarikat yang dipertanggungjawabkan, maka orang kampung mula menuntut janji daripada SAFODA.

“Seawal sedekad lalu, penduduk dari 59 kampung di Bengkoka semakin giat menuntut tanah mereka dan banyak pertikaian berlaku antara SAFODA serta penduduk kampung, termasuk pertengkaran dan pemusnahan tanaman, selain beberapa insiden membabitkan polis,” katanya

Raneld berkata, keadaan itu memaksa sekumpulan penduduk kampung terbabit menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Tanah Adat Wilayah Bengkoka pada 2017 yang dipengerusikan dirinya.

Pada tahun sama, katanya, SAFODA dan Acacia Forest Industries Sdn Bhd memfailkan saman terhadap tiga individu dan semua penduduk terbabit berhubung pertikaian tanah itu.

“Bagaimanapun, keputusan memihak kepada penduduk apabila mahkamah menolak saman SAFODA kerana mendapati terdapat hak NCR (Hak Adat Bumiputera) penduduk di kawasan terbabit.

“Bermula dari tahun itu hingga sekarang, SAFODA giat menjalankan proses pengukuran untuk mendapatkan geran dan inilah yang kami anggap sebagai satu lagi pencerobohan tanah penduduk asal.”

Baru-baru ini, sekumpulan penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi di pejabat SAFODA di Bongkol Pitas dan menyerahkan surat bantahan terhadap usaha mendapatkan geran tanah adat itu.

“Kami meminta proses penggeranan tanah dilakukan secara telus dan tidak membabitkan kawasan tanah adat penduduk kampung.

“Kami juga berharap kerajaan negeri, khususnya ketua menteri menyerahkan tanah adat yang berada dalam gazet SAFODA kepada penduduk 59 kampung ini, bukan hanya enam kampung seperti diumumkan.”

 

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.