Penyokong PAS Karambunai Mula Tunjukkan Rasa Tidak Puas Hati Terhadap Aliakbar


Suasana kempen di DUN Karambunai mula menggelisahkan apabila sekumpulan anak muda dan orang dewasa berjubah serta berserban bertindak menaikkan beberapa banner di lokasi tumpuan penduduk, memaparkan slogan “Kepimpinan Menyokong Calon PAS”.

Tindakan tersebut bukan sekadar simbolik tetapi ia menggambarkan keresahan sebenar dalam kalangan penyokong akar umbi PAS terhadap calon mereka, Aliakbar Gulasan.

Menurut kumpulan tersebut, sepanjang tempoh kempen berlangsung, ramai penduduk Karambunai yang keliru dan bertanya: “Aliakbar ini dari parti mana sebenarnya?”
Kekeliruan ini timbul kerana komposisi Perikatan Nasional (PN) yang merangkumi pelbagai parti, PAS, Bersatu, Gerakan, termasuk tokoh yang pernah dikaitkan dengan Hindraf dan bekas pimpinan DAP.

Bagi mereka, imej Aliakbar yang kurang menonjolkan identiti PAS menyebabkan mesej parti bercampur, sekaligus menjejaskan keyakinan penyokong tegar. Kumpulan ini percaya bahawa identiti calon PAS perlu jelas, lantang dan tidak disembunyikan daripada pengundi.

Tindakan menaikkan banner itu adalah usaha untuk memulihkan naratif bahawa Aliakbar ialah calon PAS yang membawa jenama perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas kekuatan parti tersebut.
Bagi penyokong tradisi PAS, ketidakjelasan identiti calon dianggap satu bentuk “pencairan prinsip” dalam politik moden PN.

Ada di antara mereka turut menyuarakan rasa tidak puas hati kerana berpendapat Aliakbar terlalu berhati-hati sehingga mengorbankan elemen perjuangan yang menjadi nadi sokongan penyokong lama PAS.

Meskipun tindakan itu mungkin kelihatan kecil, ia mengisyaratkan sesuatu yang lebih besar ketegangan dalaman yang tidak boleh disapu bawah karpet.
Ketika PN berharap dapat menguasai naratif menjelang hari pengundian, isu asas seperti identiti calon sendiri sudah cukup untuk menggugat kekuatan jentera jika tidak ditangani segera.

Penduduk Karambunai kini memerhatikan perkembangan ini dengan teliti.
Jika penyokong PAS sendiri mula mempertikaikan cara kempen calon mereka, persoalannya ialah bagaimana pengundi atas pagar mahu diyakinkan?

Sementara itu, tindakan spontan penyokong PAS semalam memberi mesej jelas bahawa mereka mahukan calon yang konsisten, tegas dan berani menampilkan wajah sebenar perjuangan parti, bukan sekadar menumpang gelombang gabungan politik yang pelbagai.

Aliakbar juga silap apabila mempromosi kempen “pilih calon dan bukan pilih parti..” tegas mereka lagi.


Di media sosial juga telah tular


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.