Penduduk Kampung Timbua hidup dalam serba kekurangan

EZAIRIN KUNIS

“Kami perlu lakukan perubahan, demi kehidupan yang lebih selesa.”

Itu maklum balas penduduk Kampung Timbua yang berada di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang yang menuntut perubahan dapat dilakukan pada Pilihan Raya Negeri ke-17 pada 29 November ini.

Antara masalah yang menjadi keluhan penduduk di sana adalah jalan raya tidak berturap, ketiadaan lampu jalan, bekalan elektrik yang tidak stabil dan jambatan selamat untuk merentas sungai di kampung tersebut.

Sewaktu tinjauan dilakukan ke kampung itu yang terletak kira-kira 49.4 dari pekan Kundasang, seorang pesara tentera, Ezairin Kunis, 47, berkata, sebenarnya PRN ke-17 ini, penduduk memerlukan calon yang baharu bagi mengubah kehidupan mereka yang serba kekurangan.

“Kami mempunyai masalah bekalan elektrik yang tidak stabil dan kadang-kadang bekalan air pula terpaksa ditutup bagi mengelak parit tersumbat ketika hujan lebat.

“Masalah elektrik yang kadang-kadang terputus-putus, menyebabkan banyak barangan elektrik yang rosak dan lagi satu, jambatan untuk merentas sungai juga sudah terlalu uzur dan ia perlu diganti yang baharu,” katanya ketika ditemui di Kampung Timbua, hari ini.

Selain itu, katanya, masalah yang lebih serius ialah jalan yang tidak berturap serta berlubang-lubang dan masalah tersebut sudah terlalu lama dan masih gagal diselesaikan.

MOHD LUTFI JUHUMAT

Sementara itu, bagi seorang petani, Mohd Lutfi Juhumat, 43, pula memberitahu, pendapatan penduduk di kampung tersebut bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan tani dan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya dan lampu jalan amat penting.

“Kami rata-ratanya bertani, di sini tiada kilang untuk kami bekerja, jadi, pendapatan utama penduduk ialah berkebun atau bersawah, tetapi, jalannya yang teruk menyukarkan kami membawa keluar hasil tani,” ujarnya.

Katanya lagi, masalah semakin rumit apabila wakil rakyat jarang turun padang dan sikap kurang mesra pemimpin membuat penduduk berasa tawar hati untuk memilihnya sekali lagi.

HASRIN GAUPIN

Hasrin Gaupin, 43, yang bekerja sendiri turut melontarkan pandangan sama yang mahukan perubahan demi mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik.

“Perubahan ini untuk rakyat di sini, kita perlu jalan raya yang elok dan sistem perparitan yang lebih baik supaya tidak mudah tersumbat,” katanya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.