Pendedahan Adik Sendiri: ADUN Membakut Tidak Tahu Wang Zakat MUIS RM14 Juta ‘Hilang’?

poster sedang tersebar

Isu ‘kehilangan’ dana zakat Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) berjumlah RM14 juta kini semakin panas apabila Adnan Arif, adik kepada Ariffin Ariff, ADUN Membakut tampil mendedahkan kepincangan pengurusan zakat di bawah seliaan agensi agama itu.

Pendedahan ini menimbulkan persoalan besar, apakah niat sebenar adik kepada wakil rakyat GRS itu mendedahkan hal ini kepada umum?

Menurut sumber, pendedahan tersebut dibuat selepas beberapa laporan audit dalaman menunjukkan ketirisan dan kelemahan kawalan tatakelola dalam agihan serta penyimpanan dana zakat.

Lebih mengejutkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan sembilan syor penambahbaikan kepada MUIS, namun sehingga kini belum ada penjelasan menyeluruh diberikan kepada para pembayar zakat.

Adik kepada ADUN Membakut mendakwa, isu ini sengaja disenyapkan oleh pihak tertentu dalam GRS, termasuk abangnya sendiri iaitu wakil rakyat dari parti kerajaan memerintah yang sepatutnya memainkan peranan mempertahankan integriti institusi Islam di negeri itu.

Beliau juga menzahirkan rasa kecewa kerana abangnya ADUN Membakut tidak peka dan tidak menunjukkan minat untuk menuntut penjelasan daripada MUIS, walaupun isu tersebut menyentuh soal maruah dan amanah umat Islam?

Lebih memalukan, dalam masa rakyat membincangkan kehilangan wang zakat ini, nama ADUN Membakut turut terpalit dengan skandal tanah di kawasan Membakut.

Beberapa penduduk mendakwa bahawa tanah-tanah adat dan lot pertanian diambil alih dengan cara meragukan malah ada kes melibatkan pemindahan hak milik kepada pihak luar yang berkait rapat dengan individu politik tertentu.

Kes ini pernah dibangkitkan dalam beberapa mesyuarat komuniti tempatan, namun tidak pernah dijelaskan secara terbuka oleh pihak berkenaan.

Tindakan mendiamkan diri dalam dua isu besar iaitu kehilangan wang zakat RM14 juta dan skandal tanah membabitkan rakyat kecil telah memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab seorang wakil rakyat yang sepatutnya membela kepentingan umat Islam dan masyarakat Membakut.

Benarkah adik tidak ingin melihat abangnya menang lagi sebagai wakil rakyat atau adiknya sekadar ingin menegur abang sendiri?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.