Parti politik di Sabah masih perlu bergantung dengan kerajaan pusat

Datuk Dr.  Ramzah Dambul 

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KOTA KINABALU - Parti-parti politik di Sabah perlu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan memandangkan banyak aspek masih menjadi tanggungjawab di peringkat pusat.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Dr. Ramzah Dambul berkata, ini kerana aspek keselamatan, kesihatan dan pendidikan antara perkara yang masih menjadi tanggungjawab kerajaan Persekutuan di semua negeri termasuk Sabah.


"Kita kena realistik. Terdapat banyak perkara yang masih di bawah tanggungjawab kerajaan Perseketuan. Jadi mustahil sebuah kerajaan negeri boleh berdiri dengan sendiri tanpa bantuan dari Pusat.

"Parti-parti di negeri ini semua sedar tentang ini. Cuma kadang-kadang sentimen itu di mainkan di media sosial seolah-olah ia putus habis," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ramzah berkata, sentimen yang dimainkan sesetengah parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 berkenaan Sabah hanya milik orang Sabah tidak bermaksud rakyat negeri itu mahu berpisah dengan Kerajaan Persekutuan.

Katanya, ia juga bukan bermaksud parti politik membawa fahaman anti Semenanjung tetapi merupakan slogan yang mahu calon-calon PRN ke-17 terdiri daripada rakyat negeri itu sahaja.

"Tetapi jika dilihat pada senarai calon-calon PRN ini semuanya merupakan anak Sabah sendiri. Cuma sentimen ini dimainkan di media sosial sehingga menimbulkan salah faham orang ramai," katanya.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.