NGO ajak anak muda pilih Arthur



Severinus Mohd Faisal Abdullah

Rohana Man

SOOK : Golongan belia menyeru anak muda berusia 18 tahun hingga 20 tahun menyokong dan mengundi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Kumpulan Kebudayaan Sinangkuit menyeru anak muda yang pertama kali mengundi memilih calon yang telah terbukti membangunkan Sook.

Ketua kumpulan itu, Severinus Mohd Faisal Abdullah, 46, dari Kampung Dalit, Sook, berkata, kumpulan umur itu masih mentah dalam memahami perjalanan pilihan raya sehinggakan mereka mudah terpedaya dengan janji palsu yang ditabur calon yang hanya memikirkan keuntungan diri sendiri.


Menurutnya, pengundi berusia 18 hingga 20 tahun merupakan golongan anak muda yang berdarah panas dan gemar meneroka sesuatu yang mencabar diri.

"Kadang-kadang apa yang mereka (anak muda) buat, sukar dijangka.

"Oleh itu, kita yang dewasa dan berpengalaman perlu membantu mereka membuat pilihan yang betul," katanya kepada penulis.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat 1,668 pengundi berdaftar berusia 18 hingga 20 tahun.

Statitisk itu dipetik daripada daftar pemilih induk 2024 sehingga Ogos 2025 dan dikemaskini pada 6 Oktober lalu.

Severinus berkata, sebagai penyokong tegar Arthur, beliau akan membantu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mengajak anak muda memangkah logo timbangan pada hari pembuangan undi, 29 November ini.

"Bagi kami anak muda, memang pilihan kami adalah BN iaitu Dato' Sri Arthur," ujarnya.

Ditanya kenapa pilih Arthur, katanya, calon No 4 itu telah terbukti membawa pembangunan di seluruh pelosok Sook sejak empat tahun lalu.

"Banyak dia (Arthur) telah buat seperti sekolah, jalan raya.

"Semua pembangunan itu sangat diperlukan penduduk.

"Sebab itu, kita perlu sokong Dato' Arthur supaya Dato' dapat meneruskan lagi pembangunan lain," katanya lagi.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.