Muktamad, Ruji Ubi Bukan Calon Ketua Menteri Sabah

sedang tular di sosmed

Khabar mengatakan bahawa Ruji Ubi bakal diangkat sebagai calon Ketua Menteri Sabah kini terpaksa bertukar menjadi cerita kedai kopi dan tinggal menjadi spekulasi sahaja.

Menurut sumber dalaman, Anwar Ibrahim terpaksa menafikan perkara itu selepas “rundingan sulit” bersama Hajiji Noor dihidu oleh parti-parti komponen GRS sendiri.

Cadangan menjadikan Ruji Ubi sebagai Ketua Menteri dianggap pelik oleh ramai penganalisis politik Sabah. Bagi mereka, Ruji Ubi tidak memiliki tapak politik kukuh, jauh sekali kapasiti untuk memimpin negeri yang terkenal dengan lanskap politik paling unik di Malaysia.

“Bukan semua batang ubi boleh jadi benih.” kata pemimpin senior GRS.

Nama pun tidak cukup kuat untuk memancing undi Sabah apatah lagi untuk memimpin sebuah negeri yang sentiasa berkocak seperti laut di Tanjung Simpang Mengayau.

Lebih panas ialah dakwaan bahawa dalam rundingan Anwar–Hajiji, terdapat “pertukaran nilai politik” yang jauh lebih menarik daripada sekadar kerusi Ketua Menteri. Sumber menyebut Hajiji dikatakan bersetuju dengan satu keputusan penting iaitu beberapa kes rasuah yang menyentuh pemimpin GRS bakal dikategorikan sebagai NFA – No Further Action.

"Ko support saya, saya kasi tutup fail.", itulah tajuk bualan panas hampir setiap hari di kedai kupi dan juga di khemah PDM GRS sendiri.

Tidak hairanlah STAR dan SAPP keluar dari GRS dan UPKO pula angkat kaki dari Pakatan Harapan. Mereka tidak mahu dilihat sebagai ‘kawan’ yang tiada maruah ketika Anwar dan Hajiji sedang runding di pintu belakang.

Perkembangan ini membuatkan akar umbi GRS bercelaru antara Anwar yang kononnya dicanang sebagai ‘penentang rasuah’ atau Anwar ‘penyelamat perasuah di Sabah’?. Ramai pemimpin peringkat bawah merasa dikhianati kerana percaturan politik dibuat tanpa pengetahuan mereka.

sedang viral di media sosial

Lebih menambah perit apabila beberapa individu GRS yang dikatakan terlibat dalam rundingan itu kini bertanding atas tiket PKR termasuk anak kepada TYT Sabah sendiri yang melompat ke Sindumin sebagai calon PKR.

"Ini rundingan kerajaan atau projek keluarga?” kata penyokong kuat GRS Sabah.

Drama Ruji Ubi bukan isu layak atau tidak layak semata-mata. Ia membuka pekung lebih besar tentang bagaimana politik Sabah sering dijadikan papan catur antara Putrajaya dan pemimpin negeri Sabah terutama ‘projek selamatkan tengkok yang terlibat dengan pendedahan Albert Tei.



Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.