Membakut Mundur: Ariffin Arif Sibuk Uruskan Apa?


Jika Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masih mahu mempertaruhkan Datuk Ariffin Arif sebagai calon di DUN Membakut, maka bersedialah untuk menerima kekalahan yang memalukan. 

Rakyat di Membakut sudah lama bosan dengan kepimpinan ‘tua tanpa visi’ ini yang gagal membawa sebarang kemajuan nyata selepas lebih dua dekad menjadi wakil rakyat.


Selama lebij 20 tahun menjadi ADUN Membakut malah menjawat jawatan penting sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah serta Exco Agama, Ariffin tidak pernah membuktikan bahawa beliau mampu memacu perubahan di kawasan yang diwakilinya.

Lebih mengecewakan, beliau yang sekarang ini turut memegang portfolio agama, rakyat Sabah kini dikejutkan dengan skandal besar ‘kehilangan’ dana zakat berjumlah RM14 juta di bawah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). 

Namun, Ariffin Arif memilih untuk membisu seribu Bahasa? Seolah-olah tanggungjawab moral sebagai bekas Exco Agama tidak wujud, sedangkan wang zakat itu adalah hak golongan miskin dan Nasib golongan inilah yang sepatutnya paling beliau perjuangkan.

Persoalannya, kenapa Ariffin berdiam diri? 

Mengapa tiada sebarang kenyataan rasmi daripada beliau untuk menjernihkan keadaan atau mempertahankan integriti institusi agama Sabah? 

Lebih pelik, isu ini turut dikaitkan dengan adiknya sendiri, Adnan Arif iaitu bekas pegawai MUIS yang membuat pendedahan berani tentang ketirisan dan salah laku dalaman agensi tersebut. Kini, dua beradik ini berada di pentas berbeza Ariffin di pihak GRS manakala Adnan dikatakan akan menjadi calon parti Warisan.

Adnan tutut mendakwa dana zakat disalah guna untuk membayar bonus kakitangan MUIS, sesuatu yang membayangkan betapa lemahnya pengurusan di bawah penyeliaan politik ketika itu.

Kini rakyat Membakut tertanya-tanya: selama lebih 20 tahun, apa sebenarnya sumbangan besar Ariffin Arif kepada mereka?

Jalan kampung masih berlubang, peluang ekonomi tidak meningkat, malah ramai anak muda terpaksa berhijrah mencari rezeki di luar. Sedangkan kehidupan peribadi Ariffin Arif sendiri semakin mewah?

“Kekayaan dia luar biasa… tengoklah rumah dan kehidupannya,” kata seorang penduduk tempatan. Ungkapan itu menggambarkan jurang yang semakin lebar antara pemimpin dan rakyat.

Sudah tiba masanya Membakut keluar dari bayang-bayang lama. Ariffin Arif bukan lagi simbol kemajuan tetapi beliau adalah lambang kegagalan politik lama yang hanya pandai berjanji tanpa hasil.

Rakyat Membakut tidak perlukan lagi retorik. Mereka perlukan pemimpin yang benar-benar bekerja untuk mereka, bukan yang hanya membina kekayaan di atas nama khidmat.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.