MoU TOD–MRL: Negeri Dakwa “Memacu ECRL”, Hakikatnya Menunggang Projek Kerajaan Pusat
Gelombang publisiti yang cuba dipacu Kerajaan PAS Terengganu
minggu ini akhirnya menimbulkan satu persoalan yang lebih besar iaitu adakah
kerajaan negeri benar-benar memainkan peranan strategik dalam pembangunan ECRL atau
sekadar menumpang projek mega Kerajaan Persekutuan(Zaman BN) sambil menabur
naratif manis untuk kelangsungan politik?
Kenyataan penuh gaya teknokrat oleh Menteri Besar
Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri, cuba meyakinkan rakyat bahawa MoU
bersama Malaysia Rail Link (MRL) adalah “komitmen strategik negeri” dalam
memacu pembangunan transit-oriented development (TOD) tetapi apabila diteliti,
naratif yang dijual itu ternyata lebih banyak asap daripada api.
Ini intipatinya:
1. MoU TOD–MRL: Dokumen Niat, Bukan Projek Nyata
MoU tersebut dikemukakan seolah-olah satu masterplan megah
yang bakal mengubah landskap ekonomi Terengganu. Namun realitinya:
- Tiada
angka pelaburan.
- Tiada
jaminan TOD akan dibina.
- Tiada
komitmen kewangan kerajaan negeri.
- Tiada
blueprint, timeline atau jadual pelaksanaan.
Ia hanyalah dokumen penyelarasan tanah sejenis kertas niat yang negeri-negeri lain di
sepanjang jajaran ECRL pun tandatangan tanpa publisiti melampau.
Jika manifesto PAS tentang perumahan dianggap janji kosong,
MoU ini tak jauh beza: cantik di kertas, ghaib dalam pelaksanaan.
2. ECRL Projek Kerajaan Pusat 100%, Peliknya Negeri Pula
Tuntut Kredit
MB cuba menggambarkan seolah-olah negeri adalah arkitek
utama pembangunan ECRL. Namun hakikat faktanya:
- Kontrak
ECRL ditandatangani Putrajaya.
- Pembinaan
dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan Zaman BN.
- Laluan,
kos, teknologi, stesen semuanya keputusan pusat.
- MRL
ialah syarikat milik MOF Inc., bukan kerajaan negeri.
Peranan negeri hanya terhad kepada penyelarasan tanah sama
seperti Kelantan, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Bezanya adalah negeri lain tidak sibuk mendabik dada.
3. Ekonomi 4.5% Tidak Mengubah Fakta: 85% Hasil Terengganu
Ditanggung Putrajaya
MB menonjolkan naratif pertumbuhan KDNK negeri sebagai bukti
“kecekapan pentadbiran”. Namun angka fiskal mendedahkan cerita sebaliknya:
- Hasil
negeri 2026: RM288 juta.
- Terimaan
bukan hasil dari Kerajaan Pusat: RM1.709 bilion.
- Kebergantungan
negeri kepada Pusat: 85%.
Tanpa Putrajaya:
- Gaji
penjawat awam pun tidak mampu dibayar.
- Projek
negeri terhenti.
- KDNK
negeri menjunam.
Namun bila ECRL siap, tiba-tiba kerajaan negeri pula yang
mahu mengaku “pemacu pembangunan”.
Ibarat menyewa rumah orang, tetapi mengaku itu harta sendiri.
4. RM13.7 Bilion Pelaburan RMK12: Angka Atas Kertas, Bukan
Realiti
MB menekan pedal propaganda dengan menyebut sasaran
pelaburan lebih tinggi pada RMK13. Namun rekod RMK12 sendiri tidak meyakinkan:
- RM13.7
bilion itu sebahagiannya hanya janji pelabur, bukan duit masuk.
- Banyak
projek terbengkalai:
- Jalan
Pantai Batu Rakit runtuh dua kali
- Tasik
Kenyir Theme Park terbengkalai
- Projek
perumahan Dendong
- Projek
agro mega yang tinggal semak
Dasar tanah yang tidak konsisten, birokrasi negeri dan rekod
projek rosak menyukarkan pelabur yakin pada Terengganu.
Jika RMK12 pun bermasalah, bagaimana mahu meyakinkan pelabur
RMK13?
5. Janji Peluang Kerja: Diwujudkan Pusat, Bukan Negeri
MB mendakwa MoU ini akan mencipta peluang pekerjaan. Namun:
- Jurutera,
operator dan tenaga mahir ECRL dilatih oleh program Kerajaan Persekutuan,
bukan program negeri.
- Pekerjaan
di bawah MRL & CCCC, bukan skim kerajaan negeri.
- MoU
tidak mengandungi sebarang mekanisme penciptaan pekerjaan.
Janji ini menambah satu lagi koleksi retorik seperti janji
20,000 rumah mampu milik yang kekal sebagai angan-angan.
Jadi, Siapa Sebenarnya Memacu Pembangunan?
Fakta tidak berubah:
- ECRL
projek Putrajaya.
- Dana
Putrajaya.
- Stesen
dipilih Putrajaya.
- Teknologi
dibayar Putrajaya.
- Latihan
tenaga kerja disediakan Putrajaya.
Peranan negeri hanyalah:
- Sediakan
tanah
- Tandatangan
MoU standard
- Bergambar
semasa majlis
- Menerbitkan
kenyataan seolah-olah negeri perancang utama (berlakon)
Rakyat Terengganu berhak tahu kebenaran, siapa sebenarnya
yang memacu ECRL? Kerajaan Pusat atau kerajaan PAS yang sekadar menumpang
populariti?

Comments
Post a Comment