Kemunculan calon baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)‑Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi buat kali pertama bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N36 Kundasang dilihat sebagai ancaman nyata yang mampu memecah tembok kubu kuat penyandang Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.
Pemerhatian setakat ini mendapati Japirin membawa imej segar dan penuh tenaga dengan pendekatan pragmatik yang menekankan pembangunan setempat termasuk menyelesaikan masalah harian penduduk pedalaman yang selama ini diabaikan oleh penyandang.
Dengan sokongan jentera BN yang tersusun dan berpengalaman, calon baharu ini berpotensi menembusi pengundi akar umbi yang selama ini dipercayai setia kepada GRS, membuka era baharu politik Kundasang.
Kempen Japirin memfokuskan isu kritikal antaranya pembaikan jalan rosak, bekalan air bersih, kemudahan pendidikan dan peluang ekonomi sebagai janji realistik yang boleh dilaksanakan segera berbanding janji kosong serta retorik yang dibebelkan penyandang sejak awal berkempen.
Strategi calon BN menonjolkan kepekaan terhadap kehendak masyarakat iaitu sesuatu yang gagal ditangani dengan berkesan oleh penyandang, secara tidak langsung menekankan keberkesanan kepimpinan baharu.
Sebagai penyandang yang sudah 'berhabuk', Dr Joachim kini dilihat semakin terhakis pengaruhnya kerana rekod pembangunan yang lambat dan janji tidak tertunai. 'Dosa besar' itu telah membuka ruang kepada BN untuk menyerlah sebagai pilihan pragmatik rakyat.
Kehadiran calon Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Jattry Abie @ Jeffry Mohd Ali menambahkan lagi persaingan sengit kerana parti itu muncul sebagai kuasa ketiga yang cuba menyaingi dominasi BN dan GRS di Kundasang.
BN tampil sebagai alternatif paling relevan dan berkesan, menawarkan penyelesaian segera kepada masalah asas penduduk pedalaman yang selama ini terpinggir oleh kepimpinan lama.
Selain itu, tujuh calon pencabar lain turut bertanding dalam kerusi N36 menjadikan pertandingan kali ini lebih kompetitif dan meletakkan BN dalam posisi menyerang tetapi dengan peluang lebih jelas kerana imej baharu Japirin.
Naratif Japirin menekankan hubungan rapat dengan komuniti serta kesediaan mendengar suara akar umbi, strategi yang mampu menarik pengundi muda dan pengundi pertama kali yang dahagakan pembaharuan nyata.
Satu kelebihan BN ialah kemampuan menyalurkan bantuan dan program pembangunan secara lebih tersasar melalui jentera tempatan, sekaligus memperkukuh kepercayaan penduduk terhadap calon baharu berbanding pendekatan GRS yang bersifat lebih umum.
Dr Joachim dilihat terlalu bergantung kepada sokongan tradisional dan imej lama, sekaligus memberi ruang kepada BN menyerlah sebagai kuasa baharu yang lebih progresif, relevan dan berorientasikan rakyat.
Dalam masa sama, KDM dengan sumber dan jentera terhad gagal menyaingi kempen berstruktur BN mahupun pengaruh panjang GRS, namun kehadiran mereka tetap menambahkan saingan sengit dalam pertarungan politik Kundasang.
Pertembungan kali ini meletakkan BN dalam posisi menyerang sepenuhnya dengan calon baharu yang berani menggugat penyandang lama sambil menawarkan janji pembangunan praktikal yang nyata dan memberi impak segera kepada komuniti pedalaman.
Dalam masa sama, Japirin berpotensi menjadi simbol pembaharuan politik di Kundasang dengan kemmapuan menggabungkan sokongan akar umbi serta strategi nasional BN untuk membawa perubahan ketara khususnya menghapuskan dominasi lama.
Calon BN ini dilihat lebih sensitif terhadap kehendak dan keperluan sebenar penduduk pedalaman berbanding penyandang yang terlalu fokus kepada politik tradisional dan pengalaman lama tanpa pembaharuan.
Sebagai perbandingan, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-16, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam daripada GRS memenangi kerusi N36 dengan majoriti 1,422 undi, namun kini kedudukannya terancam dengan kemunculan Japirin Sahadi yang dilihat hampir pasti mampu memecah kubu kuat GRS sambil mengatasi persaingan KDM dan tujuh pencabar lain di Kundasang.

Comments
Post a Comment