Krisis Air Sabah Punca Dari Warisan


Isu air di Sabah kembali panas dan kali ini, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor meledakkan fakta yang tidak pernah Warisan mahu akui iaitu krisis air hari ini bukan muncul secara tiba-tiba tetapi kerana keputusan politik era pentadbiran mereka sendiri.

Menurut Hajiji, langkah Warisan menamatkan sembilan konsesi syarikat yang menguruskan Loji Rawatan Air (LRA) sejurus mengambil alih kerajaan dahulu adalah punca sebenar yang menjerut rakyat hari ini.

Dalam satu ucapan yang cukup tajam di Pitas, Hajiji tidak berselindung dengan megatakan, “Warisan berdendam dengan kerajaan sebelum mereka. Sembilan konsesi ditamatkan, kerajaan disaman dan kita terpaksa bayar RM315 juta.”

Keputusan itu bukan sekadar memutuskan kontrak tetapi ia juga ia memutuskan stabiliti seluruh sistem bekalan air Sabah dan lebih panas, Hajiji menyifatkan tindakan itu sebagai langkah tidak berfikir panjang yang dibayar menggunakan wang rakyat.

Hajiji turut mendakwa selepas memecat syarikat berpengalaman, Warisan melantik syarikat baharu pilihan sendiri tetapi tiada pengalaman, tidak kompeten dan gagal mengurus air dengan baik.

“Sekarang mereka tuduh kita pula,” 

“Sedangkan syarikat yang mereka pilih sendiri pun tidak mampu buat kerja.” kata Hajiji.

Pada Disember 2018, Warisan melalui menterinya ketika itu, Datuk Peter Anthony mengumumkan penamatan konsesi syarikat yang mengurus 58 LRA di Sabah.

Kontrak asal ditandatangani pada 2013 untuk tempoh 20 tahun namun ditamat tiba-tiba pada 2019 dan kerajaan terpaksa membayar kos pampasan sebanyak RM315.2 juta

Angka itu bukan kecil. Untuk negeri yang setiap tahun bergelut isu air, itu adalah duit yang boleh membina lebih banyak LRA dan bukan membayar saman akibat keputusan politik.

Selepas mengambil alih kerajaan pada 2020, Hajiji mengaku beliau turut diberi cadangan agar konsesi baharu lantikan Warisan juga ditamatkan tetapi beliau tidak mahu mengulangi kesilapan sama.

“Kalau saya ikut dendam macam mereka, banyak yang saya boleh buang. Tapi saya tak buat. Saya timbang rasa. Kalau saya tamatkan, kerajaan akan disaman lagi.”

Hajiji mendakwa Warisan kini agresif menjelajah seluruh Sabah, membawa naratif kononnya GRS gagal urus air. Namun menurutnya, ceramah Warisan penuh pembohongan, sedangkan SMJ (Sabah Maju Jaya) sedang berjalan dengan rekod pembangunan yang jelas.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.