Kempen jujur Arthur jadi tarikan kuat

Datuk Ramzah Dambul 

KOTA KINABALU: Tidak berpura-pura dan jujur dalam kempennya antara tarikan terbesar calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook, Dato' Sri Arthur Joseph Kurup.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), Datuk Ramzah Dambul berkata, Arthur bukan pemimpin 'kayangan' seperti yang disangkakan sesetengah pihak.

Beliau sebenarnya sangat dekat dengan akar umbi, malah membesar dengan didikan bapanya yang berjiwa rakyat iaitu mendiang Tan Sri Joseph Kurup membolehkan beliau amat memahami permasalahan di Sook.

"Dato' Sri Arthur seorang pemimpin yang mempunyai tarikan di peringkat akar umbi, sebab saya pernah beberapa kali mengikuti program beliau, termasuk di Kota Kinabalu.

"Saya sendiri pada awalnya menyangka beliau seorang pemimpin 'kayangan' tapi tidak sama sekali, dia boleh meletakkan dirinya bersama golongan akar umbi.

"Ucapannya sangat merendah diri dan kita boleh nampak ia sesuatu yang organik (bukan dibuat-buat)," katanya ketika ditemu ramah di sini hari ini.

Kata Ramzah, kemampuan Arthur, 43, juga sudah terbukti kerana pada usia muda beliau telah menjawat jawatan penting di beberapa kementerian.

"Dia pernah berada di beberapa kementerian seperti MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), dan sekarang Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Timbalan Menteri).

"Arthur menunjukkan prestasi baik di kementerian mana pun yang diletakkan," ujarnya.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga pernah menjadi Timbalan Menteri Kerja Raya dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.