Retorik agama di mulut, kemewahan di tubuh. Kekalahan memalukan PAS di PRK Nenggiri baru-baru ini seakan memberi isyarat bahawa rakyat sudah mula muak dengan gaya penceramah yang berkhutbah tentang akhirat, tapi hidup seperti selebriti mewah.
Antara yang menjadi tumpuan ialah Tan Sri Annuar Musa, bekas Menteri dan bekas Setiausaha Agung UMNO pada setiap kali beliau muncul di pentas ceramah termasuk di Sabah pada kali ini.
Semua orang tahu, di awal kariernya di Kelantan, Annuar pernah dikenali sebagai ahli politik yang sederhana. Namun segalanya berubah selepas episod yang kini digelar ramai sebagai “Skandal Bilik Muhyiddin”.
Ketika itu, dalam kempen Pilihan Raya Negeri Sabah, beliau secara terbuka menyebut:
Pendedahan itu mengundang persoalan besar bukan hanya tentang sumber wang tetapi timbul banyak persoalan tentang apa terjadi sebenarnya kepada Annuar selepas peristiwa itu.
Sebabnya, selepas “keluar dari bilik Muhyiddin”, gaya hidupnya berubah 360 darjah. Dari ujung rambut ke hujung kaki, semuanya mula berjenama mewah. Gaya fesyennya kini lebih menyerupai ahli korporat elit atau dari keluarga bangsawan.
Mutakhir, ketika pelancaran jentera PN di Sabah, beliau dilihat mengenakan kasut berjenama ‘Hermes’ bernilai hampir RM7,000, sambil bercakap di atas pentas tentang akhirat, zuhud dan perjuangan Islam.
Bagi pemerhati politik tempatan, kemunculan Annuar sebagai ‘penceramah mewah’ menonjolkan hipokrasi politik PAS yang semakin ketara.
“Berceramah dengan mengutuk UMNO-BN, tapi diri sendiri cerminkan kemewahan. Dia bukan siapa-siapa sebelum bersama UMNO,” ujar seorang aktivis politik Kelantan.
Gaya mewah seperti ini semakin merosakkan kredibiliti PAS di mata rakyat. Dakwah yang sepatutnya memikat jiwa kini berubah menjadi tontonan penuh sindiran, antara ucapan tentang syurga dan kasut berharga ribuan ringgit.
PAS boleh terus menjaja slogan “Perjuangan Islam”, tapi rakyat sudah mula melihat bahawa agama kini dijadikan jenama politik, bukan amalan hidup.
“Pung-pang, pung-pang bercakap soal pentadbiran Islam tetapi hanya diberikan 5 kerusi oleh PPBM dan hanya yakin menang 1 kerusi..Apa nak jadi dengan PAS?”
Khabarnya calon PAS bagi DUN Karambunai juga kaya raya walaupun beliau hanyalah pensyarah di universiti sahaja?
Khabarnya calon PAS bagi DUN Karambunai juga kaya raya walaupun beliau hanyalah pensyarah di universiti sahaja?


Comments
Post a Comment