![]() |
| Anizah Jasmin, peniaga buah-buahan di pekan Kundasang. |
Jalan raya merupakan kemudahan asas yang amat penting untuk kegunaan penduduk bagi menghubungkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Namun, kegagalan pihak yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan tersebut mampu menghadirkan kesulitan dalam melancarkan kehidupan seharian penduduk di sesebuah kawasan.
Jalan raya juga menjadi gambaran kepada kemajuan sesebuah negara, negeri ataupun daerah, terutamanya dari segi persepsi awal terhadap sejauh mana pembangunan yang dijanjikan ditepati pemimpin setempat.
Masalah itu juga menjadi isu besar yang merunsingkan hati bagi rata-rata penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN), Kundasang, sebuah lokasi yang menjadi tumpuan pelancong kerana di situ terletaknya Gunung Kinabalu yang menjadi identiti warga di daerah tersebut.
Salah seorang penduduk tempatan, Anizah Jasmin, 56, ketika ditemui berkata, keadaan jalan raya yang bermasalah dan tidak diturap dengan baik telah merunsingkan hatinya sejak sekian lama.
“Saya mohon pembaikan jalan utama, sebab kalau kita masuk ke Kampung Masilau, jalan di sana berlubang-lubang, saya harap akan ada pembaikan jalan raya, itulah yang utama.
“Masalah jalan raya ini merupakan keluhan orang Sabah, jalan raya paling teruk, kami mahu keadaan jalan raya sentiasa kena pantau, kalau ada kerosakan tolong perbaiki,” katanya.
Anizah yang merupakan seorang peniaga buah-buahan di Kundasang menjelaskan, jalan raya yang berlubang hanya akan menjatuhkan imej kerajaan kalau tidak dijaga dengan baik.
“Saya mohon satu lagi jalan yang terjejas teruk adalah laluan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Kundasang, sudah bertahun lamanya, masalah di situ masih tidak berubah,” katanya.
![]() |
| Keadaan jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Kundasang yang berlubang dan rosak teruk. |
![]() |
| Keadaan jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Kundasang yang berlubang dan rosak teruk. |
![]() |
| Keadaan jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Kundasang yang berlubang dan rosak teruk. |
![]() |
| Keadaan jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Kundasang yang berlubang dan rosak teruk. |
![]() |
| Keadaan jalan raya menuju ke Sekolah Kebangsaan Kundasang yang berlubang dan rosak teruk. |
Selain jalan raya, Anizah menambah, dia tidak mempunyai rungutan lain kerana cukup berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kerajaan termasuk air dan elektrik di Kundasang.
Sementara itu, ketika tinjauan di SK Kundasang, keadaan jalan raya sememangnya rosak teruk yang kelihatan berlopak serta berlubang besar dan mampu membahayakan nyawa penduduk.
Malah, sebahagian jalan raya yang tidak diturap, tetapi, sebaiknya hanya disimen turut mengganggu pemanduan menuju ke sekolah angkat Malaysia Madani itu.
Seorang pengawal keselamatan di sekolah berkenaan, Md Fadzili Saliman ketika ditemui berkata, masalah jalan raya yang tidak diselenggara dengan baik telah lama berlarutan dan ia cukup merunsingkan hatinya.
“Anak-anak saya juga bersekolah di sini, jalan raya merupakan kemudahan asas penting dan jika ia tidak dijaga, keselamatan kami warga sekolah juga boleh terjejas,” katanya yang berharap Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dapat menghadirkan satu perubahan bagi pembangunan infrastruktur di Kundasang.






Comments
Post a Comment