‘Kami sudah bagi dia peluang'






 Andulon Pangias 

FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KENINGAU - Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook menegaskan mereka telah memberi peluang selama 20 tahun kepada wakil rakyat sebelum ini untuk membangunkan kawasan itu namun masih hampa.

Mereka mengharapkan wakil rakyat yang sudah empat penggal memegang jawatan itu di Sook iaitu Datuk Ellron Angin membawa arus pembangunan rancak serta mewakili suara rakyat di situ namun tidak banyak perubahan yang berlaku.


Bekas Ketua Kampung Suan, Andulon Pangias berkata, jika sebelum ini mereka memilih wakil rakyat berdasarkan suku kaum yang sama iaitu Murut namun kali ini keadaan itu sudah berubah.

"Jika ikut suku kami pilih dia (Ellron), tetapi kini ikut apa yang kami percaya.

“Kami sudah bagi dia (Ellron) peluang. Tetapi dia tidak ambil peduli masalah rakyat walaupun sama suku kaum. Jadi kami mahu berubah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Andulon berkata, penduduk kampung itu kini lebih yakin terhadap kewibawaan calon dari Barisan Nasional (BN), Dato” Sri Arthur Joseph Kurup kerana telah melihat prestasinya sebagai Ahli Parlimen Pensiangan yang cemerlang.

Katanya, penduduk di situ faham tugas Arthur sebagai Ahli Parlimen adalah terhad kepada masalah-masalah yang lebih umum di kawasan parlimen itu.

Oleh kerana itu mereka mahu Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu turut menggalas tugas sebagai wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 ini agar beliau dapat membantu rakyat menyelasaikan hal-hal yang lebih rumit di peringkat negeri.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.