Kempen di DUN Sulaman pada awalnya penuh dengan nada angkuh. Hajiji tampil dengan keyakinan kononnya 40 tahun khidmatnya sudah memadai untuk meyakinkan pengundi, tetapi kenyataan paling pedih untuk seorang pemimpin veteran kini menjadi realiti bahawa keyakinan itu tidak lagi ada.
Akhirnya, beliau terpaksa memanggil Perdana Menteri, Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan kedudukannya di Sulaman.
“Jika 40 tahun rekod cukup cemerlang, kenapa perlu PM datang mengampu undi?” kata Nazim pengundi Sulaman.
Warga Sulaman, terutamanya golongan muda, semakin lantang mempersoalkan apa sebenarnya yang telah dibuat Hajiji selama empat dekad memegang kerusi itu.
Antara kritikan yang paling tular ialah suara anak muda Tuaran, “40 tahun, jambatan sehala masuk ke pekan Tuaran pun Hajiji tidak mampu tukar.”– Nazir, belia Tuaran
Ayat ringkas ini cukup untuk menggambarkan kekecewaan rakyat. Bukan projek mega yang diminta, bukan bandar satelit atau lebuh raya futuristik tetapi sekurang-kurangnya asas infrastruktur yang selayaknya siap sejak bertahun-tahun dahulu.
Hakikatnya, apa sahaja isu besar di Sulaman hari ini seperti kemudahan asas, peluang ekonomi, pertumbuhan daerah, semuanya kembali kepada satu persoalan pokok iaitu bagaimana kawasan yang diwakili selama 40 tahun boleh kekal ketinggalan sebegini jauh?
Sementara daerah-daerah lain bergerak ke depan, Sulaman terus berdepan masalah sama dari zaman ke zaman.
Kehadiran PMX ke Sulaman bukan sekadar “lawatan kempen”. Ia kelihatan seperti talian hayat politik dan satu usaha untuk menghidupkan semula sokongan yang semakin hilang.
Jika rekod sendiri tidak cukup meyakinkan, terpaksalah mengharapkan aura Perdana Menteri.
Namun, rakyat Sulaman semakin Celik dan kehadiran PM tidak mengubah fakta 40 tahun prestasi yang dipersoalkan.
Hajiji berhadapan dengan calon ‘favorite’ dari Barisan Nasional, Dr Shahnon Thaijudin yang merupakan doktor pakar neurosurgeon.


Comments
Post a Comment