Menurut Hadi, ada parti yang “bergerak seperti kambing yang hanya mengekori tuannya walaupun sedang menuju ke jurang”. Perumpamaan ini menyasarkan UMNO, menggambarkan keputusan politik parti tersebut sebagai langkah yang mengikut tekanan kepimpinan luar tanpa menilai kesannya terhadap akar umbi. Hakikatnya itulah keadaan walaun, mereka adalah kambing yang menyerahkan tengkok mereka sepenuhnya kepada lebai sampul dan akur sahaja walau pun pemimpin mereka salah.
Hadi mengibaratkan UMNO seperti itu “musang berbulu ayam”, hakikatnya PAS adalah binatang tersebut ketika PAS bersama dengan Perikatan Nasional dan PAS dilihat mengkhianati PPBM di dalam banyak isu termasuk isu pergolakan dalam PPBM dan bersifat oportunis.
Hadi juga menyamakan beberapa pemimpin UMNO sebagai “ayam sabung” yang hanya gagah di pentas ceramah tetapi lesu ketika berhadapan isu integriti dan keberanian membuat keputusan.
Perumpamaan itu membawa maksud pemimpin yang kuat bersuara tetapi tidak berani berdepan cabaran sebenar. Hakikatnya pemimpin PAS dan ayam adalah sama kerana mereka berkokok di pentas ceramah dan akhirnya tiada ‘Islam’ tertegak di mana-mana negeri SG4.
Hadi menyebut mengenai parti UMNO seperti kerbau dicucuk hidung, hakikatnya PAS adalah kerbau di pilihanraya DUN Sabah, kecoh sana-sini tetapi hanya dapat 5 kerusi sahaja.
Hadi juga mengingatkan bahawa ada UMNO umpama “seperti itik patah kaki”, merangkak mencari kuasa tetapi akhirnya tumbang kerana strategi yang tersasar. Hakikatnya PAS mengheret kaki apabila terpaksa berjalan bersama dengan bekas pemimpin Hindraf yang anti ‘Kerajaan Islam Malaysia’.
Terkini, pemimpin PAS yang begitu taksub mengata orang akhirnya menghina rakyat Sabah dengan ‘roti Gardenia’ sedangkan pengikut merekalah hidup dengan hina apabila sanggup makan biskut mayat dan merelakan pemimpin mereka hidup mewah.

Comments
Post a Comment