GRS Yakin Menang Besar: RM350 Juta ‘Ang Pow’ Tersedia Untuk Pengundi?

hiasan

Keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengekalkan calon-calon yang sarat dengan kontroversi bukan sekadar tindakan berani malah ia mencetuskan persoalan besar tentang prinsip, integriti dan masa depan politik Sabah. 

Ketika pelbagai pendedahan terbuka mengenai skandal rasuah serta kaitan dengan tokoh-tokoh seperti Albert Tei menjadi bualan umum, GRS tetap mempertaruhkan individu-individu tersebut seolah-olah tidak gentar dengan risiko penolakan pengundi.

Lebih membimbangkan, beberapa calon didakwa mempunyai masalah peribadi melibatkan tabiat perjudian, skandal moral dan rekod integriti yang meragukan. Namun, semua itu seakan tidak memberi kesan kepada keyakinan GRS.

Menurut sumber dan pemerhati politik, keyakinan tersebut bukanlah bersandarkan kekuatan moral calon tetapi kerana satu faktor yang jauh lebih besar iaitu keupayaan kewangan luar biasa GRS pada PRN kali ini?

Maklumat dalaman mendakwa jentera GRS telah memulakan kempen dengan perbelanjaan yang jauh lebih tinggi daripada pesaing-pesaing lain sejak hari penamaan calon lagi.

Antara dakwaan yang muncul ialah RM300 seorang untuk individu yang mengiringi calon GRS ketika penamaan calon(Parti lain hanya sekitar RM50 seorang)

Manakala upah jentera kempen yang luar biasa tinggi?
• RM150 sehari – kawasan bandar
• RM50 sehari – kawasan kampung
• RM25 sehari – kawasan pedalaman

Perbezaan angka ini menunjukkan GRS mempunyai kemampuan membina jentera kempen yang bukan sahaja besar tetapi tersusun dan mampu bergerak agresif di seluruh negeri.

Sumber yang rapat dengan jentera GRS mendakwa satu angka yang mengejutkan ialah RM1,500 bagi setiap pengundi telah diperuntukkan untuk memastikan kemenangan di kawasan-kawasan kritikal. Semalam dikatakan tular video beberapa individu sedang menyusun sampul berisi wang untuk agihan?

Tambah sumber dana ini dikatakan disimpan di dua lokasi berasingan untuk mengelakkan serbuan pihak berkuasa, di kediaman seorang pemimpin GRS yang terkenal sebagai jutawan dan kediaman Pengerusi GRS? Sebagai langkah keselamatan tambahan?

Lebih mengejutkan, jumlah dana yang didakwa tersedia bagi seluruh operasi tersebut dianggarkan mencecah RM350 juta?

Jika dakwaan ini benar, ia menggambarkan sebuah model kempen yang dibina bukan atas kekuatan dasar, wawasan atau integriti tetapi atas kuasa wang semata-mata. 

Tindakan ini bukan sahaja merisikokan keabsahan kemenangan mereka, bahkan menimbulkan persoalan lebih besar, adakah pentadbiran yang lahir dari amalan membeli undi mampu menjadi kerajaan yang bersih dan berwibawa?

Bagaimana masa depan tadbir urus negeri jika proses demokrasi dipacu oleh kekayaan, bukan prinsip?

Apakah yang bakal menjadi budaya politik Sabah jika rakyat membenarkan politik wang mengakar kukuh?

Rakyat Sabah kini berdepan pilihan kritikal samada memilih masa depan yang ditentukan oleh wang tunai atau memilih kepimpinan yang berlandaskan integriti dan amanah.

Dalam suasana kempen semakin panas, penilaian rakyat menjadi benteng terakhir untuk menolak budaya politik yang membahayakan negeri dan generasi akan datang.







Helooo SPRM Sabah...

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.