
sedang tular di sosmed
Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini membuka satu persoalan
besar, kenapa GRS hanya berani meletakkan sekitar 30% calon muka baharu tetapi
tetap mengekalkan hampir kesemua calon yang terkait dengan pendedahan esklusif tentang
duit sogokan oleh Albert Tei. Malah Hajiji dilihat begitu berani mempertaruhkan
muka lama yang sudah puluhan tahun berada dalam koridor kuasa politik Sabah?
Menurut pakar politik tempatan Sabah, mengubah generasi
bermakna mengubah budaya dan GRS tidak bersedia untuk mengubah budaya yang
selama ini menjaga kepentingan tertentu di dalam lingkar kuasa sesame mereka.
Jika diubah maka akan ada yang ke penjara kerana terlalu kuat makan rasuah.
Walaupun GRS cuba membawa imej “fresh”, “stabil” dan
“reformasi versi Sabah”, hakikatnya pemilihan calon menunjukkan satu formula
lama iaitu muka lama dikekalkan kerana mereka adalah pengawal rangkaian,
projek, lesen, kontrak dan hubungan patronage yang telah lama wujud.
Dengan kata lain, bagi pengkritik, tindakan GRS ini seolah bangga dengan label “Rasuah Kita, Kita Jaga.”
Maka hakikatnya, angka 30% itu bukanlah tanda perubahan besar tetapi sekadar melepaskan tekanan politik dari dalam dan cubaan memperbodohkan rakyat Sabah.
Namun apabila 70% calon tetap datang dari blok lama,
mesejnya jelas bahawa kuasa sebenar masih di tangan kelompok ‘dinosaur’ yang
telah lama menguasai projek dan kekayaan negeri.
Rakyat Sabah perlu membuat keputusan maha penting di
pilihanraya negeri kali ini, samada ingin terus memilih mereka yang terlibat
merompak hasil negeri terus berkuasa atau menyerahkan nasib hidup keluarga
untuk 5 tahun mendatang kepada parti politik yang benar-benar mampu menjaga
mereka.
Comments
Post a Comment