GRS Ketepikan Fairuz Reddan, Hero Yang Pertahankan Hajiji Dalam Isu Video Rasuah Albert Tei


Dalam politik Sabah, kesetiaan kadang-kadang tidak menjamin tempat. Itulah nasib yang menimpa Ketua Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Fairuz Reddan, apabila namanya tidak disenaraikan sebagai calon GRS pada PRU DUN Sabah ke-17 meskipun beliau antara satu-satunya pemimpin yang tampil mempertahankan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor ketika video pendedahan rasuah lombong mineral oleh Albert Tei menggegarkan Sabah beberapa bulan lalu.

Ketika ramai memilih untuk berdiam diri dan menjarakkan diri daripada isu tersebut, Fairuz tampil dengan keberanian luar biasa. Beliau menegaskan bahawa video yang disebarkan langsung tidak menyebut nama Hajiji malah menyifatkan tuduhan yang dikaitkan dengan Ketua Menteri itu sebagai cubaan jahat menjatuhkan kepimpinan negeri.


Namun, langkah berani Fairuz itu nampaknya tidak cukup untuk menjamin tempatnya dalam barisan calon GRS kali ini. Difahamkan, pucuk pimpinan memilih tokoh lebih senior, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mewakili GRS di DUN Pintasan dengan alasan beliau mempunyai pengaruh yang lebih luas dan diterima di kalangan pengundi tempatan. Kajian dalaman GRS pula menunjukkan golongan muda Pintasan lebih cenderung kepada figura berpengalaman seperti Pandikar bukan kepada calon generasi baharu.


Keputusan ini menimbulkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi terutama di kalangan Pemuda GRS sendiri. Ramai melihat Fairuz sebagai wajah muda GRS yang berani, lantang dan setia bukan hanya kepada parti tetapi juga kepada kepimpinan Hajiji ketika ramai lain menyorok untuk selamatkan diri.

Fairuz yang dilihat sebagai “lapdog Hajiji” kini diketepikan dalam percaturan politik sendiri. Dalam kalangan pemerhati politik Sabah, langkah ini dilihat sebagai isyarat bahawa GRS kini lebih mementingkan faktor pengaruh dan kebolehmenang jangka pendek berbanding kesetiaan dan idealisme dalam parti.

Fairuz Reddan ialah bekas ADUN Pintasan dan kini sudah tidak laku lagi kata penyokong Pandikar.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.