Fokus utama Japirin pembangunan infrastruktur jika dipilih

Japirin Sahadi (tengah, depan) ketika mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Kauluan, Kundasang, Sabah, semalam.

Calon Barisan Nasional (BN), Japirin Sahadi memberi jaminan, jika beliau terpilih menjadi wakil rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, antara perkara utama yang menjadi fokusnya ialah membangunkan kampung paling daif dan masih ketinggalan daripada arus kemodenan.

Beliau berkata, sememangnya ada berlaku pembangunan tidak seimbang antaranya di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Timbua, Nawanon, Karagasan, Mangkapoh dan Kaingaran.

“Kampung-kampung ini memerlukan bantuan yang segera untuk keperluan, saya melihat jalan-jalan perkebunan yang lebih utama kepada penduduk kampung.

“Sebab jalan raya ini tidak diselenggara dengan baik dan mereka rata-rata menyuarakan bahawa hasil pertanian susah dikeluarkan dari kawasan untuk dipasarkan ke pekan,” katanya ketika ditemui di Kampung Kauluan, Kundasang, Sabah, semalam.

Menurutnya, kemudahan asas merupakan keutamaan yang perlu diberi perhatian kepada peduduk terbabit seperti rangkaian jalan raya pekebunan, air dan elektrik.

“Ini menjadi keutamaan saya apabila diberi peluang menjadi wakil rakyat di kawasan ini, saya telah pergi meninjau ke beberapa PDM untuk memberi penerangan dan dalam masa sama mendengar apa yang penduduk mahukan,” ujarnya.

Jelas beliau, setakat ini, memang banyak kekurangan dan perlu penambahbaikan infrastruktur termasuk untuk mendapatkan akses internet di beberapa kawasan yang liputannya amat lemah.

Keadaan jalan raya di Kampung Kauluan yang tidak berturap berbahaya kepada pemandu jika hujan.

Beliau berkata, menawarkan kemudahan-kemudahan yang disebut kepada penduduk menjadi satu pendekatannya bagi menarik sokongan agar diberi peluang menjadi wakil rakyat di DUN Kundasang.

“Kita akan berusaha mengatasi masalah-masalah tersebut. Pembangunan di sesetengah kampung memang tidak seimbang, ada yang kemudahan asas dia lebih teruk, ada juga yang sederhana.

“Tapi kebanyakan masih lagi tidak mempunyai kemudahan infrastruktur jalan raya, elektrik, jalan kebun dan sebagainya yang perlu kita ambil perhatian,” tegas Japirin.

Ketika ditanya mengenai perancangannya selepas ini, calon No. 8 dari Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu memberitahu, beliau menyasarkan untuk melawat keseluruhan kawasan di Kundasang bagi mendapatkan laporan terperinci berkenaan dengan keperluan infrastruktur asas itu.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.