Pertandingan di DUN Segama kali ini menyaksikan kemunculan semula bekas Menteri Pelancongan, Mohamaddin Ketapi, lebih dikenali sebagai Din Ketapi yang turun sebagai calon Bebas selepas meninggalkan Warisan pada 30 Oktober 2021. Sejak itu, beliau menggelarkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas tetapi mesra GRS. Namun, sejarah tidak pernah memadamkan kata-katanya sendiri.
Inilah calon yang pernah mengundang kemarahan seluruh negara apabila mendakwa tragedi berdarah Lahad Datu hanyalah “sandiwara”. Insiden yang mengorbankan nyawa anggota keselamatan, warga polis, tentera dan keluarga mereka dihina seolah-olah tidak membawa apa-apa nilai atau kesedihan. Rakyat Sabah masih ingat bagaimana kenyataan itu menyebabkan gelombang kemarahan, terutama di Lahad Datu yang menjadi lokasi tragedi tersebut.
Rakaman kenyataannya masih berlegar sehingga hari ini. Suara itu, kata-kata itu dan penghinaan itu… semuanya datang daripada sosok yang kini kembali mahu meraih undi daripada komuniti yang sama pernah dilukainya.
Tidak hairan apabila warga Lahad Datu sendiri menyindir
“Sekali Warisan, tetap Warisan.” kerana bagi mereka, karakter seseorang lebih penting daripada bendera parti yang dikibarkan.
Lebih pedas lagi, ada yang bertanya, “Macam ni wakil rakyat pun kau mau pilih lagi?”
DUN Segama kali ini bukan sekadar soal menang atau kalah. Ia soal maruah. Ia soal sama ada rakyat mahu memulangkan kuasa kepada seseorang yang pernah memperlekeh pengorbanan anggota keselamatan negara.
Kesimpulannya, bukan rakyat yang perlu menjawab siapa layak memimpin. Rekod dan kata-kata calon itulah yang sudah lama memberi jawapan.

Comments
Post a Comment