![]() |
| poster sedang viral |
Rakyat Pitas sudah lama bosan dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap manis di pentas tetapi gagal membela nasib rakyat di bawah.
Di DUN N03 Pitas, dua nama kini menjadi sebutan iaitu Datuk Rudy Awah dan Datuk Harun Ismail, namun keduanya membawa rekod yang tidak meyakinkan rakyat yang benar-benar mahu perubahan tulen.
Penduduk kampung di sekitar Pitas masih menanggung derita akibat isu tanah yang berlarutan sejak sekian lama.
Ramai mengadu hak mereka dirampas atas nama pembangunan namun tiada siapa tampil benar-benar memperjuangkan nasib mereka. Apa yang rakyat nampak hanyalah pemimpin yang sibuk menonjol diri dan bukan menyelamatkan tanah warisan orang kampung.
Apa gunanya memegang jawatan jika suara rakyat diabaikan?
Isu tanah bukan sekadar soal dokumen kertas tetapi soal maruah dan maruah itulah yang kini semakin terhakis dan terabai di bawah pentadbiran yang hanya tahu menjanjikan dan bukan menunaikan.
Satu lagi isu yang sering berlegar di Pitas ialah layanan tidak seimbang terhadap masyarakat setempat. Benarkah masyarakat Islam diabaikan oleh Rudy Awah?
Menurut sumber dari facebook milik peribadi "Putera Borneo":
Ruddy Awah dilaporkan menggunakan nama anaknya, Nazira Ruddy, untuk memohon tanah yang sebenarnya telah lama dipohon oleh penduduk Kampung Indah/Tambilidon, Pitas sejak dahulu kala namun tidak pernah diluluskan.
Tanah tersebut sepatutnya menjadi milik penduduk kampung berkenaan sendiri. Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Pitas, Ruddy Awah sepatutnya membantu mengeluarkan geran tanah untuk rakyat.
Namun realitinya, Ruddy Awah dikatakan memohon tanah tersebut sekali lagi dengan menggunakan nama anaknya bagi kepentingan peribadi.
Pemimpin sepatutnya berlaku adil kepada semua tanpa mengira kaum atau agama. Namun, suara dari akar umbi menyebut bahawa wujud kecenderungan tertentu dalam agihan bantuan dan perhatian. Kalau benarlah begitu, itu bukan kepimpinan itu pilih kasih yang akan merosakkan keharmonian Pitas.
Sementara itu, rakyat Pitas tidak lupa siapa Datuk Harun Ismail, seorang pemimpin yang sudah beberapa kali menukar warna politiknya. Dari UMNO ke GRS dan kini bersama Warisan. Inilah wajah politik oportunis yang menjadikan mandat rakyat sebagai bahan dagangan.
Apa jaminan bahawa selepas pilihan raya ini beliau tidak akan sekali lagi melompat ke mana-mana parti demi kepentingan diri? Rakyat bukan alat untuk cita-cita peribadi. Cukuplah Pitas menjadi gelanggang percubaan bagi mereka yang tiada pendirian tetap dan mengkayakan diri dan keluarga.
Pitas memerlukan pemimpin yang benar-benar memahami susah payah rakyat dan bukan yang sekadar pandai menabur janji ketika hampir pilihan raya. Rakyat kini lebih matang mereka mahu pemimpin berprinsip dan bukan yang berpusing arah ikut kuasa semasa.
Sudah tiba masanya rakyat Pitas menghantar mesej jelas, cukup dengan drama, cukup dengan pemimpin yang hanya pandai jaga kepentingan sendiri.
Kini masa untuk memilih pemimpin yang jujur, adil kepada semua agama dan berpijak di bumi nyata, bukan pemimpin dua wajah yang hanya muncul bila tiba musim undi dan yang pasti bukannya pemimpin yang jual tanah rakyat.

Comments
Post a Comment