![]() |
| sedang tular di medsos |
Di Pitas, keresahan rakyat bukan lagi rahsia, dari soal tanah hingga soal maruah, penduduk di kawasan DUN N.03 telah lama berdepan pelbagai kekecewaan.
Kekecewaan yang datang daripada mereka yang sepatutnya menjadi pembela, bukan perampas hak rakyat.
Kini, dua nama kembali menjadi perhatian, Datuk Rudy Awah mewakili GRS dan Datuk Harun Ismail adalah calon Warisan. Namun bagi penduduk yang mahukan perubahan sebenar, kedua-duanya bukanlah pilihan meyakinkan.
Penduduk di Kampung Indah/Tambilidon dan kawasan sekitar sudah bertahun-tahun menanti penyelesaian isu tanah.
Ramai yang memohon sejak sekian lama namun geran yang dijanjikan tidak pernah muncul. Sebaliknya, apa yang kelihatan hanyalah pemimpin yang sibuk berkempen, bergambar dan berjanji tetapi tidak memperjuangkan tanah warisan rakyat.
Persoalannya, jika memegang jawatan tetapi gagal mempertahankan hak rakyat untuk apa bergelar wakil rakyat?
Isu tanah bukan sekadar kertas atau nombor lot. Ianya soal maruah keluarga, warisan nenek moyang dan masa depan generasi kampung. Maruah itulah yang semakin hari semakin terhakis di bawah pentadbiran yang hanya tahu berjanji tetapi tidak pernah menunaikan.
Terdapat pendedahan dalam Facebook yang menggunakan ‘Putera Borneo’ yang mana Datuk Rudy Awah didakwa menggunakan nama anaknya, Nazira Ruddy untuk memohon tanah yang sebenarnya telah lama dipohon oleh penduduk Kampung Indah/Tambilidon.
Jika dakwaan ini benar, ia bukan sekadar salah guna kuasa, ia pengkhianatan terhadap rakyat Pitas sendiri.
Sepatutnta ketika Sebagai ADUN N.3 Pitas, tugas beliau ialah membantu rakyat mendapatkan geran tanah yang sudah bertahun-tahun tertangguh, bukan mengulangi permohonan bagi manfaat peribadi.
Rakyat bertanya, adakah ini pemimpin yang patut diberi mandat sekali lagi?
Bagi rakyat Pitas, nama Datuk Harun Ismail pula sinonim dengan politik lompat parti, dari UMNO ke GRS dan kini sebagai ahli parti Warisan. Corak pergerakannya jelas mencerminkan politik oportunis yang mana bukan perjuangan tetapi menggunakan peluang mencari kekayaan.
Rakyat bertanya, Apa jaminan beliau tidak akan melompat lagi selepas menang?
Pitas bukan tempat eksperimen bagi pemimpin tanpa pendirian. Kepercayaan rakyat bukan barang dagangan untuk dijual beli mengikut kelebihan politik semasa.
Sekarang pilihan di tangan rakyat dan inilah masanya untuk menghantar mesej paling jelas bahawa Pitas bukan lagi milik mereka yang mengambil kesempatan tetapi milik rakyat yang mahu perubahan yang sebenar.
Calon BN di Pitas adalah Datuk Hj Bolkiah Ismail


Comments
Post a Comment