![]() |
| sedang viral di medsoc |
Hingar-bingar politik Pintasan bukan soal ketamakan kerusi seperti yang dispekulasikan di warung kopi. Hakikatnya, Pandikar Amin Mulia bukan sekadar masuk untuk “berebut tempat” apatah lagi isterinya sendiri sudah dicalonkan di Sekong.
Keputusan GRS meletakkan Pandikar di DUN Pintasan berpunca daripada satu perkara yang jauh lebih berat iaitu nama Fairuz Reddan sudah terlalu tercemar untuk dipertahankan.
Menurut sumber dalaman, beban skandal membabitkan Fairuz khususnya isu hubungan dengan isteri orang terlalu sukar dibersihkan, bahkan lebih memudaratkan berbanding skandal rasuah mineral Sabah.
“Kalau dibandingkan dengan rasuah, zina dengan isteri orang itu memang tak boleh diterima langsung oleh masyarakat Pintasan,” tegas seorang anak muda tempatan yang ditemui.
Bagi suku dan komuniti di kawasan itu, maruah bukan sekadar slogan. Ia asas hidup. Mereka melihat kelakuan seperti itu bukan saja memalukan tetapi merosakkan kehormatan keluarga dan adat.
“Suku kami utamakan maruah. Adat kami lebih baik daripada parti yang kononnya bawa nama dari Pantai Timur, Semenanjung tapi calon yang bermasalah dengan isteri orang pun mereka berani calonkan,” tambah seorang lagi penduduk.
![]() |
| sedang tular di sosmed |
Melalui tinjauan di lapangan, sentimen hampir sama kedengaran: masyarakat Pintasan menolak perbuatan menganiaya wanita, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan hubungan sulit dengan isteri orang.
Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Maskon turut mengesahkan perkara itu
“Katanya ada video dan gambar yang tersebar. Kami sendiri pun tak tahu macam mana GRS mahu bersihkan semua tu.”
Dengan beban skandal yang semakin menekan dan konflik moral yang semakin sukar dijawab, keputusan GRS menggantikan Fairuz dengan Pandikar sebenarnya bukan lagi satu misteri. Ia merupakan langkah “pembersihan kerusi” yang terpaksa dilakukan sebelum kemarahan rakyat berubah menjadi undi penolakan.


Comments
Post a Comment