DUN Kuala Penyu: Rakyat Menangis Jika Dia Dicalonkan Sekali Lagi


Menurut penganalisis politik tempatan, laporan di lapangan menunjukkan DUN Kuala Penyu bakal menyaksikan satu kontroversi yang mampu menimbulkan kemarahan rakyat kerana calon yang pernah terpalit dengan tuduhan penyalahgunaan kuasa dan projek berbilion ringgit dikatakan bakal dicalonkan semula.

Menurutnya lagi, calon tersebut telah menjadi empat penggal dan juga pernah memegang jawatan Pembantu Menteri JKR

Beliau juga didakwa menjadikan politik sebagai alat untuk memperkayakan diri sendiri dan keluarga. Beliau dikatakan membolot projek bernilai lebih RM2 bilion, mengawal pengagihan projek di Majlis Daerah Kuala Penyu, serta menempatkan ahli keluarga dan kroni di posisi strategik untuk memastikan kuasa kekal di tangan mereka?

Lebih mengejutkan, individu ini dikatakan bersikap tidak ‘mesra muslim dan Melayu’?

Beliau ada suka berbangga menceritakan bagaimana beliau memberi RM10 juta kepada TYT dan Hajiji demi memastikan projek-projeknya diteruskan. Bahkan, Datuk Hamzah Zainudin digambarkan sebagai ‘God Father’ beliau satu waktu dahulu?

Walaupun kontroversi ‘Skandal Rasuah Lombong Mineral Sabah’ telah didedahkan dalam video oleh Albert Tei, GRS tetap berani mencalonkan beliau dan beberapa orang lagi wakil rakyat GRS yang terlibat kerana dipercayai kebergantungan mereka pada ‘kuasa kerajaan Madani’ dan kerjasama politik dengan PH yang membolehkan mereka tidak akan disiasat oleh SPRM?

Rakyat Kuala Penyu kini berada dalam dilema. Mereka bimbang, jika calon ini menang lagi, politik tempatan akan terus dikuasai oleh agenda peribadi dan kronisme, bukannya suara rakyat.

Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 bukan sekadar menentukan siapa menang tetapi juga menilai sejauh mana integriti dan keadilan ditegakkan.

Di Kuala Penyu, rakyat sedang menunggu jawapan yang selama ini sering mereka pertikaikan iaitu adakah politik Sabah akan terus menjadi ladang projek dan kekayaan keluarga tertentu ataukah rakyat akhirnya boleh menuntut perubahan yang sebenar?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.