DUN Klias Lumpuh: Pemimpin Tidak Yakin Lagi Dengan GRS


Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) di DUN Klias kini dilihat lumpuh apabila kepimpinan tertinggi bahagian itu bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Langkah ini sekali gus memperkukuh kedudukan BN dan antara nama besar yang meninggalkan PGRS termasuk:

1. Shahron @ Omar bin Hj Osin, Naib Ketua Bahagian PGRS Klias

2. Mohd Shahril bin Hj Osin, Ketua Pemuda GRS Beaufort merangkap Ketua Pemuda PGRS Klias

3. Haji Yakob bin Hj Jilun, AJK Bahagian PGRS Klias


Turut bersama mereka ialah ratusan ahli akar umbi dan penyokong tegar PGRS dari beberapa PDM sekitar Klias.




Penyertaan besar-besaran ini diumumkan dalam Program Santai Jentera PDM Klias Baru BN yang dihadiri oleh YBhg Datuk Awang Aslee bin Lakat, Pengerusi BN Beaufort, DSP Dr. Salleh bin Tun Hj Said, Bendahari UMNO Sabah merangkap Pengarah Gerakan BN Sabah serta calon BN DUN Klias, Tn Haji Osin bin Jilon.

Datuk Awang Aslee dalam ucapannya menegaskan bahawa kemasukan semula tokoh-tokoh PGRS ini membuktikan rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan GRS yang semakin longgar dan tidak konsisten.

“Ini bukan sekadar penyertaan biasa. Ini isyarat jelas bahawa rakyat Klias kembali yakin kepada BN sebagai wadah politik yang lebih stabil dan berpengalaman. BN tidak menjanjikan syurga, tapi kami terbukti membawa hasil,” katanya.

Perkembangan di Klias memberi gambaran jelas bahawa sokongan terhadap GRS semakin rapuh terutamanya selepas PGRS gagal menunjukkan hala tuju jelas selepas beberapa siri perbalahan dalaman.

Ramai pemerhati melihat tindakan keluar parti ini sebagai permulaan kepada krisis keyakinan dalam struktur GRS di peringkat akar umbi.

Menurut sumber tempatan, ramai ahli mula kecewa dengan sikap pemimpin GRS yang hanya aktif ketika musim pilihan raya tetapi menghilang selepas menang.

“Kami sudah penat dengan janji politik kosong. BN datang bukan bawa janji, tapi bawa jentera dan kerja,” kata salah seorang bekas ahli PGRS yang kini bersama BN.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Paduka Mohd Rafi bin Datuk Ali Hasan (MKT UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Labuan & Penyelaras Zon 3), Tn Haji Jaludin bin Kadir (Penyelaras BN DUN Klias), Pn Juriffah binti Safflie (Ketua Wanita BN Beaufort) serta En Ak Mohd Yazri bin Ak Mohd Yahaya (Ketua Pemuda BN Beaufort).

Kehadiran kepimpinan pelbagai sayap BN itu memperlihatkan kesediaan BN untuk kembali dominan di kawasan Beaufort sekaligus menandakan permulaan gelombang kebangkitan semula politik biru di pantai barat selatan Sabah.

“Rakyat Klias sudah menilai. BN bukan lagi masa lalu, tetapi masa depan Sabah yang lebih teratur,” ujar Datuk Awang menutup majlis tersebut.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.