Duit Zakat Sabah ‘Hilang’: Patutlah Permohonan Kami Gagal…


Nampaknya skandal kehilangan duit zakat Sabah yang berjumlah RM14 juta yang kini menjadi bualan hangat mula membuka mata masyarakat Islam negeri itu khususnya golongan asnaf yang paling terkesan. 

Selama ini ramai yang mempersoalkan kenapa permohonan bantuan zakat mereka sering ditolak atau tertangguh tanpa alasan munasabah kini jawapannya semakin jelas.

Apabila laporan tentang kehilangan RM14 juta wang zakat timbul, ramai mula mengaitkan kegagalan mereka mendapat bantuan dengan kemungkinan besar berlakunya ketirisan dan salah urus dalam pengurusan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Pelbagai keluhan mula membanjiri media sosial. Rakyat menzahirkan rasa kecewa terhadap ketidakcekapan pihak pengurusan MUIS yang sepatutnya menjaga amanah dana zakat dan bukan membiarkan ia ‘hilang’ begitu sahaja tanpa penjelasan telus. Baca keluhan di SINI.

“Patutlah susah sangat mohon zakat… rupanya duitnya pun entah ke mana,” kata seorang netizen dalam satu hantaran yang tular di media sosial.

Mereka yang pernah berulang kali menghantar permohonan zakat kini menuntut penjelasan penuh bukan sekadar dengan pelbagai alasan atau alasan teknikal. Bagi mereka, zakat bukan sekadar angka dalam laporan tahunan, tetapi hak mutlak golongan yang memerlukan.

Persoalan besar kini timbul, bagaimana wang sebanyak itu boleh ‘hilang’ dari akaun zakat MUIS tanpa disedari lebih awal?

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.