Isu 'kehilangan' dana zakat Sabah bernilai kira-kira RM14 juta yang dikaitkan dengan Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kini mencetuskan kebimbangan besar di kalangan masyarakat Islam negeri itu.
Wang zakat sepatutnya diagihkan kepada golongan asnaf yang memerlukan, namun laporan audit dan siasatan dalaman mendedahkan wujud kelemahan tadbir urus dan pengesanan transaksi yang menyebabkan sejumlah besar dana tersebut tidak dapat dikesan?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah telah mengeluarkan sembilan syor penambahbaikan tatakelola kepada MUIS. Syor tersebut termasuk pengukuhan kawalan dalaman, pemantauan transaksi kewangan zakat dan pemisahan peranan antara pegawai penyelia dan pelaksana. Namun, rakyat mahu tahu adakah tindakan tegas akan menyusul selepas syor tersebut, atau kes ini akan terus disenyapkan?
Menurut sumber, SPRM dijangka memanggil beberapa individu utama dalam pentadbiran zakat MUIS untuk diambil keterangan termasuk beberapa ahli majlis dan pegawai kanan yang mempunyai akses terus kepada akaun dana zakat.
Persoalan kini tertumpu kepada Aliakbar Gulasan, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi MUIS yang dilihat membisu sepenuhnya dalam isu 'kehilangan' RM14 juta ini.
Kenapa Aliakbar perlu memberi penjelasan?
Jawapannya mudah, sebagai ahli majlis tertinggi, beliau terlibat secara langsung dalam keputusan dan penyeliaan dasar pengurusan zakat. Tidak munasabah untuk beliau mendakwa tidak tahu atau tidak terlibat sama sekali dalam isu besar seperti ini apatah lagi apabila melibatkan jumlah berjuta ringgit daripada kutipan umat Islam Sabah.
Aliakbar juga merupakan Pesuruhjaya PAS Sabah yang sering tampil lantang dalam isu moral dan integriti namun dalam kes ini beliau memilih untuk diam?
Sikap berdiam diri itu menimbulkan persoalan sama ada beliau takut menyinggung pihak tertentu atau cuba melindungi kelemahan dalaman MUIS sendiri.


Comments
Post a Comment