Duit Pilihanraya: Kasi Untuk ‘Kamu Diam’

sedang viral di medsoc

Pilihanraya datang lagi dan kali ini PRU DU Sabah bukan biasa-biasa tetapi sesuatu yang luar biasa dan tidak masuk dek akal.

Tidak pernah di mana-mana negeri atau pilihanraya, parti politik begitu berani meletakkan calon yang secara terang-terangan terlibat dengan mencuri harta rakyat untuk kemewahan anak isteri malah ada nilai curiannya mampu untuk menjaga 7 keturunan keluarga mereka.


Anihnya rakyat Sabah seolah tidak ada apa-apa perasaan terhadap ‘Geng Rasuah Sabah’ ini kata Dato Talahah.

Rakyat Sabah diperbodohkan dengan amarah kepada hinaan dari EXCO PAS Kedah tentang nilai diri orang Sabah cukuplah dengan memberi sebuku roti Gardenia sedangkan tercalonnya individu yang terpalit dengan pendedahan video Albert Tei itu sendiri membuktikan bahawa rakyat Sabah mudah gelap mata.

“Tiap kali pilihan raya, balik balik benda yang sama sjak.

Ada orang datang kasi duit… terus senyum.

Kasi beras… terus lembut hati.

Kasi minyak motor… terus janji bagi sokongan”

“Tapi bila sudah habis mengundi?

Hah, balik balik juga masalah yang sama kita kena hadap, jalan sana sini macam bulan, air hilang, dan mati karan, bah sampai bila kita mau jadi macam begini?

“Sorry cakap lah, kalau undi boleh dibeli… itu maksudnya maruah kita pun murah. Mungkin juga semurah roti Gardenia, apa cerita masa depan 5 tahun kita ditukar dengan duit?

Itu bukan bantuan tu… itu “bayaran diam” supaya kita jangan bising 5 tahun seterusnya”

“Kita jual masa depan anak-anak dengan harga satu tapau KFC pun belum cukup, jangan lupa, duit dorang bagi tu bukan semuanya duit dia sendiri, itu modal..Nanti dia ambil balik melalui projek, komisen, mark-up sana sini” 

"Kalau mentaliti pengundi masih 'siapa kasi kita, itu kita undi'… Sabah kekal jadi negeri paling kaya atas kertas, paling sengsara dalam realiti.

Sabah bukan miskin.

Sabah cuma diperbodoh oleh pemimpin yang tahu pengundi boleh dibeli.

Wake up kawan! Jangan biar politikus beli masa depan kita lagi.

Pilih lah dengan bijak!" Kata Ultras Sabah

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.