Dr Shahnon Memperjuangkan Jambatan Tuaran: Harapan Baru Untuk DUN Sulaman


Di kedai kopi, di pasar ikan, di hentian teksi hingga ke lorong-lorong kampung, nama Dr Shahnon atau lebih mesra dipanggil Duktur Kita semakin disebut sebagai wajah baharu yang mampu mengangkat martabat DUN Sulaman. Anak muda profesional ini bukan sekadar hadir sebagai calon tetapi sebagai simbol perubahan setelah puluhan tahun kawasan itu berada di bawah kepimpinan yang sama.

Di Sulaman, rungutan tentang jambatan sehala ke pekan Tuaran bukan perkara baharu. Ramai penduduk berpendapat isu itu tidak sepatutnya mengambil masa berdekad-dekad untuk diselesaikan.

tinjauan Adel, Jurufoto MalaysiaHot

Seorang peniaga tempatan menyuarakan kepada Malaysia Hot, “Bah, sudah lebih 40 tahun bah Hajiji jadi wakil rakyat di sini, jambatan satu hala pi Tuaran pun inda dapat diganti. Sampai bila lagi kami mau tunggu?”

Janji Dr Shahnon jelas dan terus kepada keperluan rakyat bahawa jambatan baharu dengan aliran dua hala, dibina lebih selamat, lebih moden dan mampu menyokong pertumbuhan kawasan Tuaran–Sulaman yang semakin pesat.

Apa yang membuatkan Dr Shahnon menonjol di mata rakyat bukan sekadar janji pembangunan. Beliau membawa gaya kepimpinan professional berdasarkan ilmu, pengalaman dan komitmen untuk memperbaharui struktur pembangunan daerah ini.

Beliau dilihat sebagai antara generasi pemimpin muda Sabah yang berfikiran jauh, berpandangan strategik dan mampu menjadi sebahagian daripada barisan hadapan negeri dalam beberapa tahun akan datang.

Penduduk Sulaman menggambarkan beliau sebagai pemimpin yang mendengar masalah rakyat secara langsung bukan sekadar muncul ketika musim pilihan raya. Beliau faham struktur pembangunan moden terutamanya keperluan infrastruktur baharu di kawasan pesisir. Dr Shahnon juga seorang yang berintegriti serta bebas daripada politik lama yang membelenggu kawasan Sulaman selama puluhan tahun.

Janji Dr Shahnon untuk menaik taraf jambatan ke pekan Tuaran hanyalah permulaan. Beliau membawa agenda lebih besar iaitu membangunkan ekonomi setempat, membuka peluang pekerjaan, merancakkan ekopelancongan serta memastikan kemudahan asas di kampung-kampung tidak lagi ketinggalan.

Di mata ramai, Duktur Kita bukan sekadar calon tetapi beliau adalah isyarat bahawa Sulaman akhirnya berpeluang bergerak ke fasa baharu, dipandu oleh kepimpinan muda yang berkredibiliti dan berpandangan jauh.

Jika perubahan yang diidamkan oleh rakyat mahu menjadi kenyataan, Dr Shahnon dilihat sebagai individu yang layak menggerakkannya. Rakyat Sulaman kini hanya menunggu masa sama ada harapan baharu ini akan diterjemah menjadi realiti.

 Bukan Sekadar janji tetapi satu akujanji.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.