Dakwaan ICSB Bayar RM 300,000 Sebulan kepada Keluarga Hajiji Wajar Disiasat

Jasnih Daya

Belakangan ini tersebar tuduhan bahawa anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) membayar RM 300,000 sebulan kepada keluarga Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor?

Sumber dakwaan ini dikatakan datang dari lingkaran ahli perniagaan di Kota Kinabalu.

Siapa ICSB dan Peranannya

1. ICSB adalah jentera pelaburan di bawah Kumpulan Yayasan Sabah, menumpukan kepada sektor seperti perladangan, pelancongan, perhutanan dan tenaga.

2. Menurut laman rasmi Yayasan Sabah, ICSB berfungsi sebagai penjana dana jangka panjang demi kepentingan pembangunan negeri.

3. Dalam laporan kewangan ICSB (2022), jelas bahawa syarikat mempunyai pemilikan majoriti oleh Yayasan Sabah (97.63% menurut nota kewangan ICSB).

Prestasi Kewangan ICSB

1. Dalam siaran media rasmi Ketua Menteri Sabah, Hajiji menyatakan bahawa ICSB mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM 158 juta untuk 2024

2. ICSB mengisytiharkan dividen sebanyak RM 3.5 juta kepada Kerajaan Negeri dan RM 147 juta kepada Yayasan Sabah untuk tahun kewangan tertentu.

3. Menurut laporan Yayasan Sabah sendiri, pembayaran dividen tersebut diserahkan secara simbolik (cek replika) dalam majlis rasmi yang turut disaksikan oleh Hajiji.

Ada dakwaan bahawa dividen kepada Yayasan Sabah / kerajaan negeri disalurkan terus ke akaun peribadi Ketua Menteri.

Jika tuduhan itu benar, ia menimbulkan persoalan serius tentang penyalahgunaan kuasa dan dana awam di mana syarikat milik kerajaan negeri digunakan untuk kepentingan peribadi.

Untuk mengembalikan kepercayaan awam, ICSB / Yayasan Sabah sebaiknya meningkatkan ketelusan iaitu terbitkan laporan kewangan penuh, analisis aliran tunai, dan penjelasan pembayaran berkaitan dengan individu berpengaruh jika ada.

sedang tular di medsoc

Media bebas, NGO atau pihak berkepentingan wajar mendesak agar ICSB dan Yayasan Sabah mendedahkan laporan audit yang lebih mendalam.

Jika ada bukti sahih maka pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah patut menyiasat dakwaan itu dengan teliti.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah.

Pengerusi eksekutif ICSB ialah Datuk Jasnih Daya dan dikatakan mempunyai tali persaudaraan dengan isteri Hajiji?




Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.