Cukup-cukuplah. Keturunan Musa Aman tidak patut terus menjadi “penjaga takhta” di Keningau hanya kerana darah atau nama besar.
Demokrasi bukan hartanah pusaka tetapi kuasa yang mesti dipertahankan melalui kredibiliti, rekod dan visi. Rakyat Keningau mempunyai pilihan dan pilihan itu mesti digunakan bijak untuk mengubah paradigma lama.
Keningau bukanlah milik satu keluarga dan sudah tiba masanya suara rakyat lebih besar daripada legasi ‘anak pinak Musa Aman’. Hari ini, kita menyaksikan persaingan sengit di DUN Keningau dan mesejnya jelas bahawa kuasa tidak boleh diwarisi sesuka hati.
Di DUN Liawan penyandang sekarang ialah Datuk Annuar Ayub Aman daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau bukan orang asing, dia anak saudara Musa Aman dan akan mempertahankan kerusi DUN Tersebut manakala adiknya, Datuk Mohd Ishak Ayub pula bertanding mewakili calon STAR di DUN Bingkor
Bagi banyak pengundi, ini menghidupkan semula naratif lama iaitu sama kelompok elite yang berkuasa, terus berkuasa, hanya berganti wajah tetapi bukan matlamat perjuangan rakyat sebenar.
Pengundi di Keningau wajar berfikir dua kali sebelum mengundi, jangan terpedaya pada nama besar atau legasi politik. Pilih mereka yang benar-benar berkhidmat untuk penduduk Keningau dan sudah tiba masanya menolak secara total calon yang hanya mewarisi kuasa dari kelompok atau keluarga tertentu sahaja.



Comments
Post a Comment