ChatGPT pilih Arthur kalahkan Ellron di Sook


SOOK: Sehari menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah esok, ChatGPT meramalkan calon Barisan Nasional (BN), Dato' Sri Arthur Joseph Kurup berpeluang mengalahkan pencabar utamanya, Datuk Ellron Angin dari GRS di Dewan Undangan Negeri (DUN) N45 Sook.

Menurut ChatGPT, Arthur sudah menyenaraikan beberapa pencapaian pembangunan di kawasan Sook sepanjang menjadi MP seperti infrastruktur asas, jalan, kemudahan asas dan projek berkaitan yang boleh menarik sokongan warga Sook yang mahukan pembangunan berterusan.

Biarpun ChatGPT hanyalah bot sembang (chatbot) kecerdasan buatan (AI) tetapi pada zaman teknologi sekarang, ia menjadi rujukan utama orang ramai terutama anak-anak muda.

Dengan 35 hingga 40 peratus (kira-kira 595,000 hingga 680,000) pengundi pada PRN17 terdiri daripada golongan atas pagar, tidak mustahil kelompok ini menjadikan ChatGPT sebagai rujukan untuk menganalisis calon-calon bertanding.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.