Pertarungan di Kota Belud kali ini bukan sekadar soal angka undi. Ia berubah menjadi medan ujian tentang siapa yang mampu bertahan lebih lama sebelum pintu siasatan dibuka lebih luas dan di tengah hiruk itu, nama yang paling kuat diperkatakan ialah Arsad Bistari, Pengerusi Sabah Softwoods Berhad (SSB) dan penyandang DUN Tempasuk yang kini terkait dengan rangkaian dakwaan melibatkan pasir, kayu, serta lesen mineral.
Imej yang cuba dibina supaya kekal bersih nampaknya tidak menjadi, adakah pencalonan Arsad sendiri bakal menjadi pertaruhan sia-sia jika siasatan yang dijangka berlangsung tidak memihak kepadanya?
Arsad sebelum ini tampil mempertahankan SSB, menyatakan bahawa operasi eksport kayu eucalyptus mereka, berstatus sah, memegang pensijilan FSC (Forest Stewardship Council) dan mematuhi Sistem Jaminan Kesahan Kayu Sabah (TLAS).
Beliau cuba memposisikan diri sebagai tokoh yang profesional, terurus dan berpegang pada piawaian antarabangsa. Namun naratif kemas itu tidak bertahan lama apabila fokus beralih kepada isu mineral sektor yang kini menjadi rebutan besar di Sabah.
Menurut laporan Malay Mail, Arsad sendiri telah dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berhubung dakwaan bahawa beberapa ADUN termasuk dirinya yang dikatakan menerima wang sebagai balasan membantu meluluskan prospecting/exploration licence.
![]() |
| sedang viral di medsos |
![]() |
| sedang viral di medsos |
Pemberi maklumat mendakwa wang rasuah ditawarkan untuk meluluskan lesen cari gali mineral dan nama Arsad berada dalam senarai penerima habuan.
Ini bukan dakwaan ringan. Ini melibatkan sektor bernilai jutaan ringgit yang menjadi tapak pelaburan baharu Sabah.
Manakala laporan Malaysiakini menambahkan lagi tekanan apabila whistleblower mendakwa Arsad menerima RM360,000 daripada bayaran yang dijanjikan dan turut menuntut 10% saham percuma daripada syarikat pemohon lesen.
Jika benar, ini bukan sekadar isu salah guna kuasa tetapi juga ia memberi gambaran penggunaan pengaruh politik untuk mengaut kepentingan peribadi secara terang-terangan.
Nama Arsad juga dikaitkan dengan kegiatan perlombongan pasir di Sungai Kuala Abai. Walaupun beliau telah membuat laporan polis dan menafikan sekeras-kerasnya, perdebatan mengenai isu itu masih rancak dalam kalangan penduduk tempatan.
Dalam politik, penafian tidak semestinya memadam persepsi lebih-lebih lagi apabila kontroversi terus menerus tular.
Gelaran “Calon Raja Pasir Kota Belud” yang berlegar di media sosial bukan muncul tanpa sebab. Siri dakwaan pasir, kayu dan mineral yang membelit Arsad kini overshadow seluruh kempen politiknya.
Persoalan yang tidak mampu dielak lagi ialah adakah pencalonan Arsad di DUN Tempasuk hanya menunggu detik untuk menjadi liabiliti terbesar parti yang diwakilinya?
Jika SPRM benar-benar melangkah ke fasa seterusnya, masa depan politik Arsad mungkin bukan sahaja suram malah boleh berakhir sebelum sempat bermula semula.



Comments
Post a Comment