Calon Pintasan Terkenal Dengan Gelaran ‘Mr 30%’ di Sabah?


Nama Fairuz Reddan bekas Pembantu Menteri di Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan semakin kerap dikaitkan dengan gelaran yang kurang manis iaitu ‘Mr 30%’.

Gelaran ini muncul daripada dakwaan bahawa setiap ahli perniagaan yang datang melobi projek melalui pintunya didakwa akan dikenakan “caj perkhidmatan” sebagai syarat kelulusan.

Fairuz bukanlah nama baharu dalam politik kerajaan negeri. Sebelum bergelar wakil rakyat, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan negeri dan menurut sumber-sumber tertentu, gaya serta pendekatan yang sama didakwa telah berakar sejak dari jawatan lamanya itu.

Dakwaan-dakwaan ini biarpun belum dibuktikan secara rasmi, cukup untuk mencetuskan imej yang tidak selesa dalam kalangan penggiat industri dan pemerhati politik Sabah.

Adakah Fairuz beranggapan bahawa kemenangan sebagai wakil rakyat dianggap perisai daripada siasatan dan pengawasan?

Jika ada pihak yang merasakan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri adalah lesen kebal daripada tindakan SPRM, tanggapan itu silap besar. Landskap politik Malaysia hari ini jauh lebih celik dan mata rakyat serta agensi penguat kuasa adalah lebih tajam meneliti pergerakan pemimpin.


Malah ketika beliau menjadi Pembantu Kepada Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah pun beliau dikatakan terlibat dengan skandal ‘Albert Tei Affair’ di mana beliau dikatakan telah memasukkan wang sejumlah RM5000 kepada Fairuz.

Albert menasihatkan Fairuz supaya tidak memberikan "alasan seperti Speaker DUN Kadzim Yahya", yang mendakwa dia meminjam RM50,000 daripada ahli perniagaan itu selepas kehilangan dompetnya.

"RM5000 pun dia ambik, anda bayangkan" kata warga Pintasan.


Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.