Calon PAS bagi DUN Karambunai menegaskan bahawa beliau mahupun mana-mana jentera Perikatan Nasional tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang kini tersebar di media sosial, iaitu, “Arak dan judi tidak patut ada di tanah Karambunai. Justeru itu saya berusaha untuk hapuskan arak dan judi bermula di Karambunai sehinggalah untuk bumi Sabah.”
Status palsu itu dipercayai berasal daripada akaun Facebook bernama “Pelayaran” dan turut dikongsi oleh akaun “Kupi Kupi Politaik Sabah”.
Apa yang lebih menarik, dalam penafian rasmi beliau, Aliakbar tidak menekankan agenda “Islamik” dalam perjuangannya untuk Karambunai mahupun Sabah secara keseluruhan.
Pemerhati politik melihat ini sebagai isyarat jelas bahawa Aliakbar hanya menumpukan pada peranan asas sebagai wakil rakyat tanpa membawa agenda seperti Negara Islam, pelaksanaan Hudud atau matlamat menjadikan Karambunai sebagai “tanah bebas dari judi dan arak.”
Tambah penganalisis, Aliakbar tidak selari dengan apa yang dilaksanakan oleh negeri yang diperintah oleh PAS di Semenanjung.
Apa yang menjadi persoalan adakah dakwaan Aliakbar Gulasan itu tepat atau beliau juga keliru tentang individu yang keluarkan status tersebut. BN Sabah perlu jawab.


Comments
Post a Comment