![]() |
| sedang viral di sosmed |
Keputusan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengekalkan Isnin Aliasnih sebagai calon di DUN Klias terus menimbulkan persoalan serius. Bagaimana seorang tokoh yang dibayangi kontroversi daripada isu panas baran, tabiat berjudi yang dikatakan mencecah RM5,000 bagi satu lubang golf, hinggalah rekod layanan kasar terhadap rakyat masih dianggap layak untuk membawa harapan rakyat?
Ini bukan sekadar isu persepsi. Ia menyentuh soal rasional politik dan komitmen terhadap tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Penduduk Kampung Jimpangah masih mengingati detik yang mengguris perasaan mereka ketika berusaha mendapatkan penyelesaian masalah tanah mereka yang berakhir dengan rumah penduduk akhirnya rebah ke bumi.
![]() |
| sedang viral di sosmed |
Mereka hadir berjumpa dengan Isni yang ketika itu adalah wakil rakyat Klias, bukan untuk menagih simpati tetapi membawa fakta dan cadangan penyelesaian. Namun dakwaan penduduk menggambarkan layanan yang sangat mengecewakan.
Antara kata-kata yang didakwa dilontarkan oleh Isnin Aliasnih ketika itu:
“Sudah tinggal free sampai empat keturunan… mau bising apa lagi?”
“Ada duit beli lah. Tiada duit, pinjam bah.”
Ketika diminta membantu urusan pembelian semula tanah:
“Kerajaan mana ada duit…”
Ketika dicadangkan penempatan baharu:
“Belum ada… kalau ada pun tunggu dua tiga tahun. Tidak janji.”
Ketika diminta bawa isu kepada Ketua Menteri:
“Sama saja… teda apa boleh tolong. Tanah ni sudah bergeran.”
Lebih mengejutkan, penduduk mendakwa mereka disuruh mendirikan rumah di tepi landasan kereta api jika benar-benar tiada pilihan. Satu “cadangan” yang digambarkan sebagai bukan sahaja tidak sensitif, tetapi merendahkan martabat rakyat yang datang memohon bantuan.
Penduduk Terpaksa Berjuang Sendiri
Beberapa fakta penting yang jarang diketahui umum:
Penduduk tidak pernah membawa kes ini ke mahkamah.
Sebaliknya, mereka disaman oleh pemilik tanah baharu yang membeli lot tersebut pada 2 Februari 2023.
Mereka terpaksa melantik peguam sendiri untuk menghalang pengusiran dan ini merupakan satu beban yang sepatutnya dibantu oleh wakil rakyat, bukan dipandang sepi.
Ketika rakyat memerlukan perlindungan, wakil rakyat yang sepatutnya menjadi pelindung mereka didakwa memilih untuk menjauh diri kerana dikhabarkan bahawa anak Isnin turut terlibat di dalam isu ini sebagai broker kepada syarikat pemaju?
PRN Sabah kali ini bukan hanya tentang memilih kerajaan. Ia adalah referendum mengenai nilai, integriti dan kepimpinan.
Adakah rakyat mahu seorang wakil rakyat yang membela nasib mereka atau seorang yang didakwa menghina mereka?
Pilihan kini di tangan pengundi dan keputusan itu bakal menentukan bukan sahaja hala tuju Klias, tetapi juga mesej yang ingin disampaikan kepada mana-mana parti yang cuba memperlekehkan suara rakyat.


Comments
Post a Comment