Calon DUN Sulaman: Nama Dr Shahnon Rizal Thaijudin Direstui Oleh Kepimpinan Tertinggi Parti


(Bahagian I)

Sulaman kini menyaksikan wajah baharu yang mula menarik perhatian ramai, beliau adalah Dr Shahnon Rizal Thaijuddin, seorang pakar bedah saraf yang kini menjadi sebutan di pentas politik Tuaran dan Sabah keseluruhannya.

Beliau bukan sekadar calon biasa. beliau muncul dengan rekod khidmat masyarakat yang nyata dan pendekatan yang berbeza daripada kebiasaan politik tradisional di kawasan itu.

“Saya tidak meminta untuk menjadi calon, nama saya dibawa oleh Ketua Bahagian UMNO Tuaran, Datuk Seri Rahman Dahlan. Pencalonan saya turut dipersetujui oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Salleh serta mendapat sokongan Datuk Seri Panglima Bung Moktar selaku Pengerusi BN Sabah dan UMNO Sabah,” ujar Dr Shahnon kepada Malaysia Hot.

Dikenali dengan tagline “Duktur Kita”, Dr Shahnon bukan asing bagi masyarakat Sulaman dengan dua klinik kesihatan miliknya, satu di Tuaran dan satu lagi di Kota Kinabalu, beliau selama ini banyak menumpukan tenaga dan masa kepada masyarakat setempat khususnya di kawasan Sulaman.


Namun, kelebihan beliau bukan sekadar pada kelulusan akademik atau profesion perubatan tetapi pada keprihatinannya terhadap nasib rakyat. Beliau sering turun padang tanpa protokol, melawat rumah ke rumah, membantu warga yang sakit dan memberi khidmat nasihat percuma. Pendek kata, beliau bukan turun hanya ketika pilihan raya tetapi telah lama berakar dalam denyut nadi masyarakat setempat.

“Saya tidak pandai ‘betting’ dalam politik, tapi saya serahkan segalanya kepada Allah SWT. Jika saya dipilih, saya akan berikan perkhidmatan terbaik untuk warga Sulaman,” kata Dr Shahnon dengan nada rendah hati tetapi tegas.

Ketika Malaysia Hot membuat tinjauan di lapangan, rata-rata penduduk Sulaman menyuarakan keinginan untuk perubahan. Mereka melihat kawasan itu seolah-olah tertinggal jauh di belakang walaupun pernah diterajui oleh seorang tokoh politik lama.

“Hajiji hampir 40 tahun jadi ADUN Sulaman tapi apa yang boleh dibanggakan? Anak muda ramai terpaksa ke Kota Kinabalu untuk cari kerja, tiada pembangunan baru di sini,” kata seorang peniaga muda yang ditemui di Pekan Tuaran.

Kenyataan itu menggambarkan perasaan akar umbi yang mula mendidih, satu keinginan untuk melihat wajah baru yang mampu membawa nafas segar dan membina semula keyakinan rakyat terhadap politik setempat.

Dr Shahnon hadir bukan sebagai ahli politik konvensional tetapi sebagai profesional yang sudah terbukti khidmatnya kepada rakyat dengan latar belakang perubatan, empati sosial dan sokongan jentera UMNO Tuaran, beliau dilihat sebagai simbol generasi reformis dalam politik Sabah.

(Bersambung ke Bahagian II: “Duktur Kita” dan Gelombang Baru di Sulaman)

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.