Calon DUN Kuamut Disiasat Selepas Proses Pencalonan?


Tular video yang mendakwa ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah terlibat dalam beberapa kes termasuk terima duit, rundingan berkaitan lesen cari gali mineral, projek-projek Lembaga Perumahan dan Pembangunan Bandar (LPPB) dan projek kilang simen dan klinker di Tongod.

Juga didakwa wujudnya pembayaran RM400,000 kepada beliau sebagai sebahagian daripada RM1 juta yang dijanjikan untuk lesen cari gali mineral.

sedang viral di sosmed

Masiung telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan memberi kerjasama untuk siasatan. Menurut sumber video ditayangkan semula di hadapan beliau semasa siasatan.

Beberapa laporan polis telah dibuat berkaitan video tular yang mendakwa rasuah, fitnah, dan salah guna kuasa.

Sumber turut mendakwa bahawa ada perbualan melalui WhatsApp yang menunjukkan transaksi, seperti permintaan agar wang dikembalikan apabila projek dibatalkan.

Sehingga kini, siasatan oleh SPRM masih berjalan







Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.