Calon BN Japirin Sahadi Gariskan Lapan Manifesto Tambahan Untuk Kundasang


Susulan komitmen calon Barisan Nasional (BN) Japirin Sahadi untuk kawasan DUN N.36 Kundasang untuk meletakkan keutamaan pada infrastruktur, beliau kini menggariskan lapan perkara yang akan dilaksanakan seandainya beliau diberi mandat.

Perkara utama dalam langkah tambahan yang akan dilaksanakan itu ialah untuk membina gerai baru yang lebih selesa, bersih dan moden untuk para petani menjual hasil tanaman mereka.

Satu inisiatif menarik ialah Japirin akan mewujudkan satu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Pekan Kundasang.

Selain itu, beliau akan mengadakan promosi produk pelancongan untuk menarik lebih ramai pelancong luar bagi merancakkan pembangunan ekonomi setempat.

Bagi memastikan semua langkah ini dapat dilaksanakan dengan baik, lapan langkah tambahan itu meletakkan langkah membina lebih banyak rangkaian longkang berhampiran jalan raya untuk mengatasi masalah banjir sebagai langkah pertama.

Kemudian, tempat parkir kereta akan ditambah di Pekan Kundasang untuk keselesaan pelancong dan penduduk setempat.

Japirin dalam langkah tambahan itu turut mempelawa pengusaha luar untuk membina pusat tarikan pelancongan yang baharu yang sesuai dengan kehendak semasa.

Comments

Penafian (Disclaimer)

Segala maklumat yang dikongsi di laman ini adalah untuk tujuan maklumat umum sahaja. Walaupun setiap usaha telah dilakukan untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat yang disampaikan, pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan, kekeliruan, atau kerugian yang mungkin timbul daripada penggunaan maklumat tersebut. Sebarang bahan poster, pautan ke laman pihak ketiga hanya untuk kemudahan pengguna dan tidak bermakna kami mengesahkan kandungan di laman berkenaan. Pengguna digalakkan untuk membuat semakan dan pertimbangan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan berdasarkan maklumat yang terdapat di sini.